web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dua Penunggang Motosikal Buat Aksi ‘Wheelie’ Diburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 6:00PM

Polis mengesan rakaman video mengenai kejadian itu di media sosial pada jam 8.48 malam tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan dua penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya di jalan raya di Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya mengesan rakaman video mengenai kejadian itu di media sosial pada jam 8.48 malam tadi.

Menurutnya, rakaman tersebut memaparkan dua penunggang motosikal melakukan aksi ‘wheelie’ sambil berdiri di atas motosikal dengan satu kaki.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Ramli turut meminta orang yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor atau menghubungi Inspektor Najmi di talian 017-8028105.

“Kami menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya agar tidak membuat sebarang tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial aksi dua kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menjadikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) sebagai litar untuk berlumba haram.

Kegiatan itu mengundang padah apabila ahli kumpulan terbabit menjadi buruan pihak polis.

Pada 12 April lalu, Ramli berkata, pihak berjaya mengenal pasti pemilik motosikal berkuasa tinggi yang terlibat dalam aksi berbahaya itu.

Malah katanya, penelitian polis terhadap video aksi itu mengesan salah satu nombor pendaftaran motosikal yang menyertai kumpulan tersebut.

“Polis kemudian membuat semakan lanjut dengan aplikasi MySikap dan berjaya berjaya mengesan pemilik motosikal berkenaan dan kita menunggu individu tersebut hadir ke balai polis bagi tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim memaklumkan, dua kertas siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibuka oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Selangor berhubung dua kejadian berasingan membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabit.

Katanya, kertas siasatan dalam proses akhir sebelum mendapat keputusan dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Kenyataan itu menyusul selepas pempengaruh atau penyanyi rap, Caprice mengkritik tindakan polis yang didakwa melindungi penunggang motosikal ‘Ducati’ dan hanya mengenakan tindakan terhadap pengguna motosikal ‘marhaen’. – Getaran, 7 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan