web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKA Pantau Salah Laku Warga SPRM 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 2:23PM

JKA adalah salah satu daripada lima badan pemantau bebas yang dilantik melalui Akta SPRM 2009. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Setiap aduan salah laku membabitkan warga kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diterima oleh Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) selaku unit integriti akan dipantau Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM secara berkala setiap tiga bulan.

Pengerusi JKA SPRM, Datuk (Dr) Asariah Mior Shaharuddin berkata, JKA adalah salah satu daripada lima badan pemantau bebas yang dilantik melalui Akta SPRM 2009 dan berperanan sebagai mekanisme semak dan imbang dalam memantau pengendalian oleh Suruhanjaya ke atas aduan mengenai salah laku tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya.

Beliau berkata, sebagai langkah tambahan dalam memperkasakan integriti, SPRM telah menubuhkan Cawangan Hal Ehwal Dalaman (CED) di bawah BCP pada Jun tahun lepas untuk menyiasat kes-kes jenayah rasuah pegawai SPRM di bawah Akta SPRM 2009.

Menurutnya, SPRM harus dilihat bersih dan mempunyai anggota yang mempunyai integriti tinggi dan tidak berkompromi dengan sebarang salah laku. 

Beliau juga  berpendapat badan pencegah rasuah itu telah menjalankan peranannya bagi memupuk sifat integriti dan tatakelola yang baik dalam diri setiap anggotanya.  

Selain itu, SPRM juga telah mewujudkan Unit Agama dan Kaunseling yang merupakan satu langkah yang baik bagi memberi sokongan kepada anggotanya dari segi moral untuk melaksanakan tugas.

"SPRM juga menunjukkan keseriusan dalam memastikan SPRM bebas dari dadah dan bahan terlarang seperti ketum melalui Arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan sebarang pelanggaran boleh dikenakan hukuman tatatertib termasuk buang kerja," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, bagi pengambilan pegawai-pegawai baharu SPRM, pihaknya telah melaksanakan tapisan yang ketat termasuklah  ujian ‘urine test’ dan mengesan penipuan melalui ujian ‘poligraf’ bagi memastikan mereka yang benar-benar mempunyai potensi dan berintegriti dipilih untuk menyertai SPRM.
 
Sementara itu, bagi tempoh dari tahun 2020 sehingga 2022, SPRM telah mengambil tindakan tatatertib ke atas 23 pegawai yang didapati terlibat dalam kes salah laku, cuai, tidak hadir bertugas dan terlibat dengan aktiviti yang tidak sesuai dengan etika SPRM. 

Asariah berkata, daripada jumlah berkenaan, 10 daripadanya dibuang kerja dan majoriti yang dikenakan tindakan tatatertib merupakan anggota baharu SPRM yang berkhidmat di bawah tujuh tahun.

Menurutnya, walaupun jumlah yang dibuang kerja adalah kecil dan tidak membimbangkan, iaitu 0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota SPRM seramai 2,800 orang, namun ia tidak harus dipandang ringan kerana masyarakat menaruh harapan yang tinggi terhadap SPRM. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar