web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mengapa Sudah 4 Bulan SPRM Belum Pulangkan Kereta Keluarga Saya? – Shahrir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 9:00AM

Shahrir mempersoalkan tindakan SPRM masih ‘menyimpan’ kereta Honda Civid Hybrid dirampas agensi itu dari keluarganya sejak empat bulan lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwanya masih ‘menyimpan’ kereta Honda Civid Hybrid dirampas agensi itu dari keluarganya sejak empat bulan lalu.

Beliau mendakwa, kereta berkenaan belum diserahkan kembali biarpun sudah empat bulan Mahkamah Tinggi, mengugurkan kes SPRM terhadap beliau di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dakwanya, semasa perbicaraan kes terbabit, Timbalan Pendakwa Raya dan SPRM memanggil begitu ramai saksi dalam kalangan jurujual, kerani syarikat jualan kereta itu, pegawai bank dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya, semata-mata untuk membuktikan beliau membelinya.

“Sungguh beria mereka nak jadikan kereta itu kononnya bukti jenayah saya.

“Hari ini dah 5 Mei. Maknanya, semalam sudah empat bulan semenjak Mahkamah Tinggi mengugurkan kes SPRM terhadap saya di bawah AMLA/LHDN,” dakwanya menerusi hantaran di Facebook.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid023MSRmBNJqPYB8Uu5H5B1AwF7ATkc8RnnbZNroygg6JqSjEVtkrPtajVcCjuXAhufl&id=100045805928680&mibextid=Nif5oz

Veteran UMNO itu mendakwa, sehari sebelum kesnya digugurkan, beliau ada menulis bahawa Timbalan Pendakwa Raya SPRM agak kecetekan fahaman mengenai undang-undang.

“Dan keesokannya harinya, Timbalan Pendakwa Raya menyatakan kepada saya supaya jangan panggil mereka cetek fahaman. Baiklah. Kalau mereka tidak cetek dari segi fahaman undang-undang, mengapa pula sudah empat bulan dan mereka belum lagi menyerah kembali kereta Honda Hybrid yang sudah mereka rampas itu,” katanya.

Shahrir berkata, mahkamah berkenaan menyerahkan kembali wang jaminan dan paspot kepada beliau pada keesukan hari.

“Begitu cepat. Ini (SPRM), sudah empat bulan semenjak kes dibuang oleh mahkamah. Ia bukan kerana kecetekan. Tapi kerana tidak pegang kepada cogan kata SPRM sendiri, Amanah, Adil & Tegas.

“Buat malu je bertaraf sebuah Suruhanjaya!,” dakwanya.

Pada 21 Januari 2020, mantan Ahli Parlimen Johor Bahru itu berdepan dakwaan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013 kepada LHDN.

Namun, pada 5 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Shahrir dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan itu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan Shahrir.

Timbalan Pendakwa Raya mengesahkan bahawa pendakwaan tidak akan diteruskan terhadap tertuduh dalam masa terdekat, jadi adalah wajar tertuduh dilepas dan dibebaskan.

Keputusan itu menyaksikan wang jaminan dipulangkan kepada penjamin dan pasport dikembalikan kepada Shahrir, manakala semua eksibit diserahkan semula kepada pembelaan serta pendakwaan.

Memberi reaksi terhadap keputusan mahkamah itu, Shahrir berkata, ia membolehkan namanya, UMNO, dan parti itu di peringkat Johor Bahru dibersihkan. – Getaran, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad