web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syed Hamadah Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 9:50PM

Syed Hamadah Syed Othman dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang baharu, berkuat kuasa esok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Syed Hamadah Syed Othman dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang baharu, berkuat kuasa esok.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Syed Hamadah menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin, yang telah melengkapkan penggal perkhidmatan selama dua tahun sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pengawai Eksekutif serta Ahli Lembaga TH hari ini.

Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar dalam kenyataan sama yakin kemahiran dan pengalaman luas Syed Hamadah akan dapat meneruskan usaha memperkukuh tadbir urus serta operasi agensi itu ke tahap lebih cemerlang dan membanggakan.

“Ahli Lembaga dan Pengurusan Kanan TH menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Amrin atas komitmen serta usaha beliau dalam mengatur strategi bagi mencapai aspirasi Hijrah24 dalam melonjakkan aktiviti pengurusan haji, operasi cawangan dan pelaburan supaya TH terus kekal berdaya saing, mampan dan berwibawa selari dengan arus semasa dalam aspek pengukuhan struktur tadbir urus korporat dan inisiatif digitalisasi,”  katanya.

Mempunyai Ijazah Kepujian dalam Matematik Aktuari dan Statistik dari Universiti Heriot Watt, Edinburgh pada 1994, Syed Hamadah, yang berpengalaman luas dalam sektor korporat, adalah pengarah dan rakan kongsi di Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd selain menjadi Felo di Fakulti Aktuari dan Persatuan Aktuari Malaysia.

Beliau juga adalah pakar dalam perundingan multinasional serta organisasi tempatan mengenai reka bentuk pencen, pembiayaan, perakaunan pencen, penggabungan dan pengambilalihan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Komited Bantu Pasukan Petugas Khas Polis Tangani Isu Penipuan Pakej Haji

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelantikan Presiden Indonesia Di Nusantara

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyerahan Semula Aset TH Bukti Komitmen Kerajaan - Dr Mohd Na'im

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran