web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gemilang Cahaya Hiasi Simbolik Hari Kanser Sedunia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 2:46PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja yang melihat bangunan ikonik kelabu monokrom, Menara Kuala Lumpur, malam tadi pasti akan terpesona dengan kilauan cahaya berwarna jingga dan biru di mercu tanda terkenal ibu kota itu. 

Begitu gah gemerlap cahaya yang membaluti menara berkenaan, hingga pancarannya jelas kelihatan walaupun dari lereng bukit di Taman Duta, terletak 6.4 kilometer dari menara itu. 

Rona warna indah yang melatari langit kota malam tadi adalah antara inisiatif Majlis Kanser Negara (MAKNA) sempena Hari Kanser Sedunia, bermula semalam. 

Pemandangan kilauan cahaya lampu Menara Kuala Lumpur dari Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Pemandangan kilauan cahaya lampu Menara Kuala Lumpur dari Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Sambutan selama sebulan itu adalah bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser, selain menyokong usaha pencegahan, pengesanan dan rawatan penyakit itu. 

Hari Kanser Sedunia diketuai  Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC) bagi menyokong matlamat Deklarasi Kanser Sedunia yang ditulis pada 2008. 

Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan Getaran di Putrajaya mendapati, langit wilayah itu turut gemilang apabila beberapa mercu tanda pusat pentadbiran itu berubah wajah dengan kilauan lampu berwarna sama. 

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya

Jabatan Perdana Menteri, Jambatan Seri Wawasan dan Istana Kehakiman nyata kelihatan menawan apabila dibalut limpahan warna oren dan biru. 

Acara seumpama ini bukan kali pertama, sebaliknya ia pernah diadakan tahun lalu di seluruh dunia.  

Sekadar info, warna jingga adalah warna simbolik penyakit kanser buah pinggang dan leukimia manakala warna biru pula mewakili kanser prostat, perut dan usus. 

Memetik laporan Bernama semalam, Pengurus Besar MAKNA Farahida Mohd Farid berkata, orang ramai perlu diingatkan yang kanser telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia setiap tahun.

Bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya
Bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya

“Penting untuk kita terus mempromosikan kesedaran, pengesanan awal dan gaya hidup sihat,kerana penghidap kanser lebih banyak daripada COVID-19. ” kata Farahida. 

Tahukan anda, kanser adalah pembunuh kedua terbesar di dunia pada 2018 dan Malaysia sahaja mencatatkan 16,000 kematian pada tahun berkenaan.

Jambatan Seri Wawasan di Putrajaya
Jambatan Seri Wawasan di Putrajaya

Lebih merungsingkan, menurut maklumat terkini dari Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016, kes kanser tahap ketiga dan keempat meningkat sehingga 63.7 peratus sepanjang tahun 2012-2016 berbanding 58.7 peratus untuk tahun 2007-2011. 

Laporan itu turut menyenaraikan sepuluh jenis kanser tertinggi dihidapi rakyat Malaysia, terdiri daripada  payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharynx, leukemia, kelenjar prostat, rahim dan ovari. – Getaran, 5 Februari 2021. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Sambutan Krismas Meriah Dengan Upacara Keagamaan, Aktiviti Bersama Keluarga

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan Meriah Di Seluruh Negara, Serlah Semangat Patriotik Rakyat

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad