web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Pekerja SFI Tidak Puas Hati Hadapi Pemotongan Bekalan Elektrik Berulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 9:41PM

Ini adalah kali kedua estet pemprosesan kayu itu mengalami masalah terbabit, dengan insiden pertama berlaku pada akhir 2022 yang menyaksikan lebih RM700,000 jumlah bil belum dibayar ketika itu - Gambar Facebook Sabah Forest Industries

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Lebih 2,000 penduduk yang menetap di kuarters pekerja Sabah Forest Industries (SFI) terpaksa hidup tanpa bekalan elektrik sejak tiga hari lalu, selepas bekas estet pemprosesan kayu itu mempunyai tunggakan bil elektrik sebanyak RM324,965.45 yang tidak dibayar.

Mantan kakitangan SFI, Jefrey Gopog berkata, penduduk turut berdepan gangguan air kerana bekalan elektrik diperlukan untuk menghidupkan pam air supaya setiap rumah mendapat bekalan sumber asas itu.

Ia adalah kali kedua estet pemprosesan kayu mengalami masalah terbabit, dengan insiden pertama berlaku pada akhir 2022 yang menyaksikan lebih RM700,000 jumlah bil belum dibayar ketika itu.

“Kali ini sekolah khas untuk kanak-kanak Sindrom Down, tadika, sekolah rendah dan menengah SK (Sekolah Kebangsaan) Padang Berempah turut terjejas,” kata Gopog kepada The Vibes.

Menurutnya, beberapa mantan kakitangan SFI bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke Kota Kinabalu pada majlis Rumah Terbuka Raya Aidilfitri peringkat negeri minggu lalu, bagi memaklumkan mengenai pemotongan bekalan elektrik yang akan dikenakan syarikat utiliti, Sabah Electricity Sdn Bhd.

Gopog berkata, penduduk terpaksa meredah malam dengan diterangi cahaya lilin dan berjalan dalam hujan untuk mendapatkan air kerana bekalan elektrik terputus.

Kerajaan negeri sudah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah elektrik ketika kejadian pertama tahun lalu.

Difahamkan, sebuah firma sudah dilantik untuk membuat kutipan bagi menjelaskan semua yuran.

Bagaimanapun, Gopog mendakwa, firma itu tidak membayar bahagian bil mereka walaupun bertanggungjawab mengutip wang daripada mantan pekerja yang tinggal di ladang berkenaan.

Kerajaan Sabah sudah membenarkan mantan pekerja itu tinggal di ladang kilang pulpa sejak SFI diisytiharkan muflis, selain mengambil semula 46,033 hektar tanah.

Kerajaan negeri juga mengumumkan bahawa sebuah konsortium akan mengambil alih SFI dan mantan pekerja akan diambil semula dalam proses itu. – The Vibes, 4 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad