web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu Treler Parah, 3 Kereta Baharu Terjatuh Di Jalan Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 3:50PM

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun sedang bergerak dari arah Tanjung Malim menuju ke Johor Bharu - Gambar Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu cedera parah selepas tercampak keluar dari treler dipandunya yang terbabas dan melanggar penghadang jalan serta tiang jejambat di Kilometer (KM) 263.1 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Plaza Tol Seremban, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, akibat kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10.15 pagi itu, tiga kereta baharu jenama PROTON pelbagai jenis yang dibawa treler terbabit terjatuh di atas jalan raya.

Menurutnya, treler terbabit membawa muatan enam kereta yang belum berdaftar.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun sedang bergerak dari arah Tanjung Malim menuju ke Johor Bharu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, treler hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri lebuh raya, seterusnya terbabas ke arah tembok tengah pembahagi lebuh raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nanda berkata, pemandu treler yang mengalami kecederaan parah di kepala dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan sedang menerima rawatan di zon merah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Insiden itu turut dikongsi netizen di media sosial dengan rata-rata menyangka treler terbabit menyondol beberapa kereta lain di lebuh raya berkenaan.

Beberapa pengguna Facebook turut menasihati pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif, bagi mengelak tersangkut lebih lama di lebuh raya berkenaan.

“Mohon gunakan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan keluar Senawang jika nak ke Selatan. Dua kemalangan. Satu kereta terbalik betul-betul selepas Hentian Rehat dan Rawat Seremban arah Selatan. Satu treler melintang, menghalang semua lorong di Plaza Tol Seremban juga arah Selatan. Hati-hati, pandu selamat,” kata Annisha Amatakim.

Sementara itu, tinjauan mendapati kejadian menyebabkan lorong kanan ditutup bagi kerja pengalihan kenderaan dan pembersihan mengakibatkan kesesakan kira-kira 10 km di kedua-dua arah.

Setakat jam 1 tengah hari tadi, keadaan masih lagi sesak namun mula bergerak lancar susulan kerja pengalihan treler dan pembersihan hampir selesai. – Getaran, 4 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad