web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kastam Johor Nafi Dakwaan Kakitangan Tidak Efisien Di CIQ KSAB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 7:04PM

Kastam Johor menafikan dakwaan bahawa kakitangannya tidak efisien dalam menjalankan tugas di CIQ di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) seperti yang tular di media sosial. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menafikan dakwaan bahawa kakitangannya tidak efisien dalam menjalankan tugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, baru-baru ini. 

Pengarahnya Misbahudin Parmin berkata setakat ini tiada aduan diterima pegawai penguat kuasa jabatan itu membabitkan kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas, seperti yang tular di media sosial. 

Beliau berkata siasatan telah dijalankan dan video tular itu didapati merujuk kepada kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertindak melakukan pemeriksaan pasport sebelum ke kawasan pemeriksaan barang JKDM. 

“Merujuk kepada satu video tular melalui sebuah aplikasi perkongsian video yang ditujukan kepada pegawai kastam di KSAB, kejadian itu didapati berlaku di Bus Terminal Import di kompleks berkenaan.

"Bagaimanapun, JKDM dan JIM merupakan dua organisasi signifikan khususnya dalam mengawasi pintu keluar dan masuk negara, namun peranan utama dan tugasan kedua-dua agensi penguatkuasaan ini adalah berbeza," katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan JKDM dengan melayari laman web www.customs.gov.my. 

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 18 saat di aplikasi TikTok yang memaparkan berlaku kesesakan di CIQ KSAB berserta kapsyen yang mempersoalkan kapasiti petugas kastam di kaunter. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar