web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nenek Dan Cucu Perempuan Maut, Kereta Dipandu Anak Lelaki Terbabas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 5:50PM

Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Kampung Bunut Tok Mak Teh Labok, Machang ketika nahas berkenaan berlaku. - Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Seorang nenek dan cucu perempuannya maut apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandu oleh anak lelaki warga emas itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 42 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata dalam insiden pada 5.10 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Che Hasnah Jusoh, 67, dan Nurin Damia Mohd Nizam, 14 manakala Muhammad Asyraf Abdul Manap, 26, cedera di bahagian kaki.

"Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Kampung Bunut Tok Mak Teh Labok, Machang dan apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh Muhammad Asyraf dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata susulan kemalangan itu, kereta dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk manakala kedua-dua penumpang berjaya dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang.

"Nurin Damia mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Che Hasnah meninggal dunia pada 8.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Machang.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad