web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waktu Pertukaran Syif Semasa BSI Dikaji Semula, Kurangkan Kesesakan Tambak Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 5:34PM

Onn meninjau keadaan di BSI pagi tadi. - Gambar dari Facebook Onn Hafiz Ghazi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersetuju mengkaji semula waktu pertukaran syif semasa waktu puncak di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Bahru.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan berkenaan dicapai menerusi mesyuarat pagi tadi, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban.

Menurut beliau, mesyuarat juga bersetuju menyelesaikan isu kekurangan petugas Imigresen dan menyelesaikan isu pentadbiran seperti tuntutan elaun kerja lebih masa.

“Selain itu, bagi bagi menangani isu sumber manusia di BSI dan KSAB, mesyuarat telah bersetuju menitikberat kebajikan petugas dengan menambahbaik ruang rehat, keselesaan kaunter seperti penghawa dingin dan kerusi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Onn berkata, beliau bersama Ruji dan Zakaria turut berkesempatan meninjau suasana di BSI.

Jelas beliau, mereka turut berbincang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di Tambak Johor.

Onn Hafiz berkata Johor dan kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperbaiki serta menambah baik sistem sedia ada, sekali gus mengurangkan kesesakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Onn Hafiz berkata Johor dan kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperbaiki serta menambah baik sistem sedia ada, sekali gus mengurangkan kesesakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

“Dari segi isu teknikal, antara perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui adalah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pemantauan.

“Kami turut berbincang mengenai projek penggabungan kaunter, projek ubah suai pagar elektronik, projek penambahan bumbung di MBike dan projek penyelengaraan penghawa dingin,” katanya.

Mengulas mengenai KSAB, Onn yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, mesyuarat juga bersetuju melaksanakan projek penambahan bumbung di MBike.

“Selain itu, mesyuarat mengambil ketetapan untuk mengkaji semula pemasangan penghadan jalan bagi tujuan penyuraian trafik sebelum sampai ke checkpoint.

“Kami juga bersetuju membuat penambahbaikan papan tanda arah  dan mengkaji keperluan penyediaan shuttle bas dari RnR ke KSAB bagi mengelakkan kenderaan masuk ke laluan bas,” katanya. 

Beliau berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Persekutuan akan terus komited dalam memperbaiki dan menambahbaik sistem sedia ada.

“Kami akan melakukan yang terbaik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku. 

“Semoga dipermudahkan segala urusan. Insya Allah,” katanya. - Getaran, 2 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad