web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 1:41PM

Anwar Ibrahim (dua dari kanan) menerima pemasyhuran sebagai Presiden Agung PPM dan Penyampaian Anugerah Bintang Semangat Padi Emas PPM dari Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Profesor Datuk Mohd Zin Bidin (tiga, kiri) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pengisytiharan itu juga selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 iaitu perdana menteri adalah Presiden Agung PPM.

Pada majlis sama, Anwar turut menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Emas iaitu anugerah tertinggi PPM yang eksklusif diberikan dalam kalangan pemimpin negara dan negeri-negeri.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti dan  Bendahari Majlis Pengakap Negara Tan Sri Abdullah Taib. 

Mohd Zin berkata pengisytiharan Anwar sebagai Presiden Agung dapat mengangkat imej PPM ke tahap yang lebih tinggi sekali gus memperkukuhkan lagi peranan pergerakan kepengakapan tanah air sebagai organisasi pendidikan tidak formal terbesar di negara ini.

“Semoga pelantikan ini dapat menarik ahli-ahli muda di peringkat universiti dan sekolah menyertai  pengakap kerana kita ada sistem latihan yang mantap," katanya ketika ditemui selepas majlis itu. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

4

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar