web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mayat 2 Beradik Perempuan Lemas Ditemukan Orang Awam - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 7:11AM

Orang ramai wajib mematuhi perintah larangan mandi-manda atau apa-apa aktiviti pantai dan laut sekiranya bendera merah dikibarkan pihak berkuasa tempatan (PBT). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Kegembiraan enam sekeluarga bermandi-manda di Pantai Awam Tanjung Buloh, Kuala Sedili, di sini sempena cuti umum Hari Pekerja bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas oleh orang awam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata mayat Siti Rabiah Johari, 13, dijumpai kira-kira 50 meter dari pantai berkenaan pada pukul 4 petang, manakala adiknya, Siti Nursalina Johari, 10, ditemukan 15 minit kemudian pada jarak 15 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. 

"Bapa mangsa menyatakan mereka enam sekeluarga datang ke pantai itu dari Ulu Tiram untuk aktiviti beriadah dan mandi-manda sempena cuti umum," katanya menerusi kenyataan malam ini.

Menurut Hussin, Balai Polis Kuala Sedili menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam menerusi MERS 999 pada pukul 3.57 petang.

Beliau berkata susulan itu, operasi mencari dan menyelamat dijalankan sepasukan anggota polis Kuala Sedili bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta orang awam yang berada di pantai itu.

Hussin menasihati orang ramai agar berhati-hati dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca serta pasang surut air laut jika mahu melakukan aktiviti tepi pantai dan laut.

Katanya, orang ramai wajib mematuhi perintah larangan mandi-manda atau apa-apa aktiviti pantai dan laut sekiranya bendera merah dikibarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari dilaporkan berkata dua beradik perempuan ditemukan lemas di Pantai Tanjung Buloh dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad