web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Tiris: 156 Kes Barang Kawalan Bersubsidi Bernilai RM4.41 Juta Diambil Tindakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 7:00AM

Isu penyelewengan barang kawalan bersubsidi di sempadan antarabangsa Malaysia dengan Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura merupakan antara perkara utama yang menjadi perhatian pihak kementerian. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sebanyak 156 kes berhubung isu barang kawalan bersubsidi melibatkan nilai rampasan RM4.41 juta diambil tindakan hasil 5,371 pemeriksaan di seluruh negara menerusi Op Tiris bermula 1 Mac hingga kelmarin.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Mohd Yusof berkata kes terbaru melibatkan serbuan ke atas sebuah stor haram yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel bersubsidi tanpa kebenaran di Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada Jumaat lepas.

Katanya serbuan yang dilakukan bersama pihak polis itu, membabitkan rampasan bernilai RM3.60 juta.

“Satu lagi kes adalah rampasan minyak diesel oleh pihak KPDN di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu pada Sabtu lepas dengan nilai rampasan RM51,000.

“KPDN memandang serius isu ketirisan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya yang berlaku di pintu sempadan negara kerana ia memberi impak negatif dan kerugian yang besar kepada negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata isu penyelewengan barang kawalan bersubsidi di sempadan antarabangsa Malaysia dengan Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura merupakan antara perkara utama yang menjadi perhatian pihak kementerian.

Menurutnya KPDN juga sentiasa mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan di seluruh negara dengan menjalinkan kerjasama erat bersama agensi penguatkuasaan berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen (JIM).

“Antara bentuk kerjasama tersebut adalah dari segi perkongsian maklumat serta kepakaran dalam memastikan isu berkaitan ketirisan barang kawalan dan bersubsidi dapat dibanteras bersama," katanya.

Semalam, Azman mengadakan lawatan kerja ke Kompleks ICQS Bukit Berapit bagi melihat sendiri situasi semasa di pintu sempadan negara khususnya di sempadan Pengkalan Hulu.

Lawatan kerja itu juga bertujuan mengeratkan kerjasama KPDN bersama agensi penguatkuasaan  di ICQS berkenaan seperti pihak JIM dan Pasukan Gerakan Am, PDRM Perak terutama dari aspek kawalan serta tindakan penguatkuasaan berkaitan barang kawalan dan bersubsidi khususnya melibatkan minyak diesel.

Selain itu, lawatan berkenaan juga bagi mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk perluasan program stesen minyak tanpa subsidi di kawasan berhampiran sempadan Pengkalan Hulu-Thailand. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad