Berita Terkini

16 saat yang lalu: Kerajaan cadang tambah kamera awas 36 minit yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 37 minit yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu 37 minit yang lalu: Hormati titah Agong, jangan jadikan Islam polemik politik - Mufti P. Pinang 39 minit yang lalu: Hakim tarik diri dengar semakan kehakiman ibu bapa Teoh Beng Hock

IKUTI KAMI


Kapal Tangki Terbakar Di Tanjung Sedili, 3 Kru Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 9:26PM

Sebuah kapal tangki berdaftar dari Gabon, Afrika terbakar pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di sini petang tadi mengakibatkan 3 kru hilang. - Gambar ihsan APMM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Tiga kru kapal hilang manakala 25 lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal tangki berdaftar dari Gabon, Afrika terbakar pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di sini petang tadi.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima makluman berhubung kejadian itu pada 4 petang.

Beliau berkata kapal tangki tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura bersama 28 kru kapal.

Nurul Hizam Zakaria 
Nurul Hizam Zakaria 

"Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada petang tadi dan sebuah bot ronda Maritim Malaysia PETIR 12 diatur gerak ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan dua kru kapal tangki tersebut. 

"Seramai 23 orang lagi diselamatkan oleh dua kapal yang berada berhampiran lokasi kejadian, manakala baki tiga kru dilaporkan masih hilang," katanya dalam kenyataan malam ini.

Nurul Hizam berkata maklumat lanjut mengenai kru kapal berkenaan sedang diperoleh dan punca kejadian masih dalam siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kalimah Allah: Agong Zahir Kegusaran, Titah Kerajaan Harmonikan Keadaan

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tidak Pernah Jadi 'Barua' DAP - Shahaniza

oleh Aiman Sadiq

Semasa 7 jam yang lalu

Ketua Polis Pulau Pinang Terima 6 Keping 'Duit Mayat,' Nota Amaran

Semasa 27 minit yang lalu

Projek Perumahan Di KL Wajib Bina Rumah Mampu Milik, PPR - Anwar