web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bantu Doktor Kontrak Buka Klinik: ‘Tawaran MARA Menarik Tapi Berisiko Muflis’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 7:43PM

Terdahulu, media tempatan melaporkan, MARA sedia membantu doktor kontrak yang tidak ditawarkan jawatan tetap, dengan menyediakan pinjaman modal dan latihan untuk membuka klinik sendiri - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tawaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu doktor kontrak membuka klinik sendiri boleh menjadi perangkap muflis kepada doktor baharu.

Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Boisaidi Abdul Razak berkata, membuka klinik sendiri juga bukan perkara mudah selain sudah mempunyai kira-kira 8,000 klinik swasta berdaftar di negara ini.

Beliau berpandangan, adalah lebih baik MARA mengambil alih klinik yang sudah beroperasi dan mempunyai pelanggan untuk doktor baharu bekerja terlebih dahulu bagi mencari pengalaman.

“Tawaran daripada Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki itu, amat menarik dalam membantu doktor kontrak mendapat pekerjaan, termasuk menyediakan pinjaman modal dan latihan.

“Bagaimanapun, seperti saya katakan, ia boleh menjadi perangkap muflis kepada doktor baharu dan membuka klinik sendiri juga, berdepan risiko mendapatkan pesakit,” katanya menerusi kenyataan. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan, MARA sedia membantu doktor kontrak yang tidak ditawarkan jawatan tetap, dengan menyediakan pinjaman modal dan latihan untuk membuka klinik sendiri.

Asyraf Wajdi berkata, sehingga kini, pihaknya sudah membantu ramai doktor dan ahli farmasi menjadi usahawan, dengan membuka cawangan kemudahan itu di bawah jenama U.n.i Klinik, U.n.i Dental dan U.n.i Farmasi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), SME Bank dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam waktu terdekat. 

Jelasnya, ia bagi membincangkan bagaimana dana keusahawanan yang disediakan kerajaan boleh disalurkan untuk faedah doktor kontrak.

Asyraf Wajdi berkata, kerjasama MARA dengan pihak penyalur dana adalah selaras dengan prinsip dipegangnya, iaitu agensi kerajaan harus bekerja dengan bergerak secara sinergi.

Mengulas lanjut, Dr Boisaidi berkata, walaupun secara dasarnya membuka klinik sendiri berbaloi, doktor kontrak akan berdepan risiko amat tinggi dengan beban hutang pada masa akan datang. 

“Membuka klinik baharu selalunya memerlukan masa untuk mendapatkan pesakit, selain mendapat persaingan dengan klinik berdekatan.

“Pemilihan lokasi klinik yang tidak betul juga boleh menyebabkan tiada pelanggan atau pesakit walaupun tawaran MARA ini mendapat sambutan baik doktor kontrak yang tiada pilihan lain untuk masa depan mereka,” katanya.

Mengikut statistik Persatuan Perubatan Malaysia dari Disember 2020, Dr Boisaidi memaklumkan, sebanyak 300 klinik swasta ditutup kerana menanggung kerugian atas beberapa faktor, seperti pengurangan kira-kira 70 peratus pengunjungan pesakit.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan, Kementerian Kesihatan (KKM) berkolaborasi dengan badan bukan kerajaan (NGO) mahupun pemegang taruh, bagi membincangkan mengenai penerapan doktor baharu ke klinik sedia ada.

“PERDIM mempunyai 1,200 keahlian dan kami telah memiliki klinik sendiri. Oleh itu, adalah lebih mudah menyerap doktor muda ini dalam klinik sedia ada.

“Kita juga bersedia bekerjasama dengan Persatuan Perubatan Malaysia dan MARA untuk membantu golongan doktor muda ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Dr Boisaidi turut mencadangkan agar MARA boleh menyalurkan pinjaman tanpa faedah kepada pemilik klinik sedia ada. 

"Ini bagi membesarkan klinik mereka dan mampu menyerap doktor baharu, di samping menawarkan bebas cukai untuk klinik yang menyerapkan doktor ini untuk tempoh tertentu,” katanya. - Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Promosi Produk Tempatan Di Pasaran Antarabangsa Secara Kolektif, Berstruktur

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MARA Teliti Keperluan Naikkan Kadar Biasiswa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Naik Taraf 138 Klinik Zon Utara Dan Kelantan, Babit Peruntukan Lebih RM34 Juta 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penggantian Segera Untuk Kekosongan Jawatan Doktor Kontrak

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad