web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ujian Keselamatan Palsu, 11,800 Perodua Axia Mungkin Terjejas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 5:17PM

Kira-kira 11,800 Perodua Axia mungkin terjejas disebabkan insiden pemalsuan ujian keselamatan oleh Daihatsu Motor Co Ltd (Daihatsu) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 11,800 Perodua Axia mungkin terjejas disebabkan insiden pemalsuan ujian keselamatan oleh Daihatsu Motor Co Ltd (Daihatsu).

Menurut laporan Reuters, syarikat gabungan Toyota Motor Corp, Daihatsu, telah memalsukan sebahagian daripada ujian keselamatan perlanggaran sisi pintu yang dijalankan untuk lebih 88,000 kereta kompak, dengan kebanyakannya dijual di bawah jenama Toyota.

Dimaklumkan, kemasan pintu pada kenderaan yang terjejas telah diubah suai dengan ‘takuk’ untuk meminimumkan risiko ketika ujian bahagian dalam pintu boleh pecah dengan bucu tajam dan menyebabkan kecederaan kepada penumpang, apabila beg udara sisi digunakan dalam kemalangan.

Model yang terjejas dilaporkan termasuk Perodua Axia yang dikeluarkan di Malaysia bermula Februari lalu.

Selain itu, kereta yang terjejas adalah model Toyota Yaris Ativs yang dikeluarkan di Thailand bermula Ogos tahun lalu.

Menurut Daihatsu, majoriti kenderaan terjejas yang dikatakan ialah kira-kira 76,000 model Yaris, dengan kebanyakannya dihantar ke Thailand, Mexico dan negara Majlis Kerjasama Teluk.

Majlis Kerjasama Teluk terdiri dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Oman.

Daihatsu berkata, mereka menemui insiden pemalsuan ujian keselamatan itu selepas mendapat laporan daripada pemberi maklumat.

Susulan itu, syarikat tersebut telah melaporkan isu berkenaan kepada agensi kawal selia.

Penghantaran model yang terjejas turut dihentikan dan hanya akan disambung semula selepas ujian keselamatan baharu dengan kehadiran pengawal selia yang boleh mengesahkan keselamatan model tersebut.

Pengerusi Lembaga Pengarah Toyota, Akio Toyoda menyifatkan kesalahan itu sebagai ‘tindakan sama sekali tidak boleh diterima’ kerana ia mengkhianati kepercayaan pelanggannya.

Beliau percaya masalah itu tidak terhad kepada Daihatsu memandangkan ia berlaku kepada kereta penumpang jenama Toyota.

“Kami sedang menyiasat bagaimana panel sisi Yaris dan model lain telah ditukar untuk ujian keselamatan dan memohon maaf atas apa yang berlaku kerana dilihat sebagai pencabulan ke atas kepercayaan pengguna,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan ujian kemalangan.

Tambah beliau, siasatan secara terperinci akan dilakukan, namun memerlukan sedikit masa. – Agensi

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Lagi Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Larikan Perodua Axia

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Perodua Axia Baharu Tidak Terjejas Dengan 'Ketidakaturan Prosedur' Ujian Daihatsu

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Penolong Pengarah JPN Kelantan Maut Dilanggar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad