web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AS Gesa China Hentikan Tindakan Provokatif Di Laut China Selatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 9:34AM

Tuntutan itu dibuat selepas sebuah kapal Pengawal Pantai China menyekat kapal peronda Filipina yang membawa wartawan di perairan itu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) menggesa China untuk menghentikan kelakuan provokatif dan tidak selamat di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian beberapa negara.

Tuntutan itu dibuat selepas sebuah kapal Pengawal Pantai China menyekat kapal peronda Filipina yang membawa wartawan di perairan itu, menyebabkan kedua-dua kapal hampir berlanggar.

Situasi itu sekali gus meningkatkan polemik menjelang lawatan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr ke Rumah Putih.

Jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller, dalam satu kenyataan dua hari sebelum Presiden AS, Joe Biden menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari Filipina berkata, China melakukan gangguan dan ugutan terhadap kapal Filipina di perairan itu.

“Kami menggesa Beijing untuk menghentikan kelakuan provokatif dan tidak selamat," katanya.

Menurutnya, sebarang serangan ke atas angkatan bersenjata Filipina bakal mencetuskan tindak balas AS.

Biden berusaha untuk memperkukuh hubungan dengan sekutu di Asia memandangkan hubungan AS-China kekal dingin dari segi sejarah dan kedudukan Filipina sebagai laluan laut utama.

Selain itu, Taiwan juga memberikan kepentingan strategik yang khusus kepada AS.

Beijing menuntut kedaulatan hampir keseluruhan Laut China Selatan, sekali gus mengabaikan keputusan antarabangsa yang tuntutan itu tidak mempunyai asas undang-undang.

Pada Ahad lalu, sebuah kapal pengawal pantai China menyekat kapal peronda Filipina yang membawa wartawan di Laut China Selatan yang dipertikaikan, menyebabkan kedua-dua kapal itu hampir berlanggar.

Insiden yang berlaku di Kepulauan Spratly itu merupakan yang terbaharu dalam rentetan perebutan berterusan antara China dan Filipina di wilayah perairan yang dipertikaikan.

AFP merupakan satu daripada beberapa media yang dijemput untuk menyertai dua bot Pengawal Pantai Filipina melakukan rondaan sejauh 1,670 kilometer di Laut China Selatan untuk melihat beberapa pulau dan terumbu karang.

Kapal Peronda Filipina, BRP Malapascua dan BRP Malabrigo diintip rapat tentera laut China dan kedua-dua kapal itu diarahkan berundur daripada kawasan perairan tersebut beberapa kali sepanjang perjalanan selama enam hari itu.

“Bot Filipina dan China akan berlanggar jika tiada di antara kami bertolak ansur,” kata pegawai kerajaan, Malapascua Rodel Hernandez kepada media.

Pertembungan itu berlaku selepas bot pengawal pantai Filipina menghampiri Beting Thomas Kedua yang menyaksikan marin Filipina menempatkan kapal tentera laut rosak.

AFP menyaksikan saat cemas itu dari Malabrigo, yang jaraknya kurang satu km, dan sebuah kapal pengawal pantai China yang kedua turut kelihatan berdekatan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad