web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Bongsu Najib Bertunang Dengan Nicola Mulyadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 9:14AM

Puad Zarkashi (dua kiri) bersama Ashman dan Nicola di majlis pertunangan mereka. - Gambar Facebook Mohd Puad Zarkashi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Anak bongsu mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Norashman bertunang dengan gadis pilihannya, Nicola Mulyadi.

Khabar gembira itu dikongsikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Facebook miliknya, semalam.

Menurut beliau, pertunangan Norashman tidak lengkap tanpa kehadiran Najib atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Bossku’.

Bagaimanapun katanya, majlis itu tetap meriah dan tenang dengan kehadiran beberapa pemimpin UMNO.

Beliau berkata, keluarga Nicola diwakili Ahli MKT UMNO, Datuk Johan Abd Aziz manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin juga Ahli MKT pula mewakili keluarga Najib.

“Ashman yang kebetulan duduk di sebelah saya tetap tenang dan ceria. Ashman juga teruja kerana jam 3 petang (semalam), dia dan tunangnya Nicola akan melawat Bossku di Kajang.

“Mari kita doakan agar pernikahan dan perkahwinan Ashman dan Nicola nanti akan dihadiri oleh Bossku.

“Semoga Allah memelihara Bossku. Dia akan kembali dalam perjuangan rakyat. InsyaAllah,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis itu termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan, hukuman dan denda terhadap tujuh pertuduhan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Dengan keputusan dalam usaha terakhir bekas Perdana Menteri itu, bermakna beliau akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahun yang dijatuhkan ke atasnya melainkan mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. – Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

3

Politik 2 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

4

Politik 3 minggu yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Bertembung Babi Hutan, Wanita Maut, Suami Cedera 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad