Berita Terkini

1 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 1 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 1 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 1 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 1 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Kerajaan Kelantan Minta Atlet, Pemain Sukan Kurangkan Aktiviti

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 3:01PM

Cuaca panas mengakibatkan tanah menjadi kering dan merekah ketika tinjauan di Kampung Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kerajaan negeri meminta para atlet serta pemain sukan untuk mengurangkan aktiviti sukan termasuk latihan di tempat terbuka berikutan cuaca panas sedang melanda negara ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak bercadang untuk menutup pusat sukan mahupun stadium.

“Majlis Sukan Negeri juga telah melakukan perjumpaan serta perbincangan dengan jurulatih serta pengurus sukan untuk mendapatkan solusi bagi berdepan musim kemarau yang berlaku kini termasuk cadangan untuk melakukan latihan di tempat tertutup.

“Kita seboleh-bolehnya ingin mengehadkan aktiviti luar terutama ketika cuaca panas, sekali gus mengurangkan risiko kesihatan terhadap atlet serta pemain sukan. Kita tidak mahu berlaku sebarang kejadian tidak diingini termasuk kes kematian membabitkan strok haba kepada para atlet dan ahli sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 144H PAS Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad V. Hadir sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan kepimpinan tertinggi PAS Kelantan.

Sementara itu, dalam perkembangan sama Ahmad menasihatkan rakyat negeri ini agar berwaspada dan tidak terdedah dengan cuaca panas yang luar biasa ini, sekali gus bekerjasama menghindari kes strok haba.

“Kita tidak pernah mengalami cuaca yang sangat panas ini. Oleh itu, rakyat diminta agar terus berhati-hati selain menjaga kesihatan terutama kerap minum air dan mengurangkan aktiviti luar,” katanya.

Mengulas mengenai rumah terbuka, Ahmad berkata pihaknya menyasarkan 50,000 pengunjung hadir pada majlis berkenaan yang dilengkapi dengan sebanyak 33 gerai menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota di sini meninggal dunia Selasa lepas dipercayai akibat strok haba.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya satu kes kematian akibat stok haba di Kelantan melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun. - Bernama

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembantu Jho Low Meninggal Dunia Akibat Serangan Strok Mengejut - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai

Semasa 1 hari yang lalu

Atasi Kesesakan, PLUS Uji ‘SmartLane’ Di Laluan USJ-Seafield Mulai Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perkukuh Jaringan Perniagaan Dengan Qatar, Alukan Penerokaan Perdagangan, Pelaburan - PM

oleh Farhana Farush