web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Rasmi Pelancaran Bas, Trak Perpaduan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 10:02AM

Bas dan Trak Perpaduan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri sempena Himpunan MADANI Kedah di Dataran Stargate, Alor Setar, Kedah malam tadi. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Bas dan Trak Perpaduan, bagi menggerakkan inisiatif Malaysia MADANI.

Pelancaran itu disempurnakan pada Himpunan MADANI Kedah di Dataran Stargate, Alor Setar, Kedah malam tadi.

“Alhamdulillah dapat bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan Kerajaan Perpaduan dalam Himpunan MADANI Kedah di Dataran Stargate.

“Pada himpunan ini, saya sempat melancarkan Bas dan Trak Perpaduan bagi menggerakkan inisiatif Malaysia MADANI,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi gambar dikongsi Anwar, bas itu ‘dihiasi’ wajah beliau dan paparan enam rukun Malaysia MADANI yang menjadi teras pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Ahmad Zahid (dua dari kiri) turut hadir pada Himpunan MADANI Kedah di Dataran Stargate, Alor Setar, Kedah malam tadi.
Ahmad Zahid (dua dari kiri) turut hadir pada Himpunan MADANI Kedah di Dataran Stargate, Alor Setar, Kedah malam tadi.

Terdahulu, pada 19 Januari lalu, Anwar mengumumkan konsep ‘Membangun Malaysia Madani’ (Malaysia MADANI) sebagai kerangka dasar baharu negara yang dirumus bagi mencipta lonjakan baharu.

Beliau berkata, pemilihan konsep itu kerana ia dianggap akan kekal relevan dan mampu menyelamatkan negara.

Malah, katanya, ia dianggap tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia ke arah negara bangsa maju serta sejahtera.

Jelasnya, konsep MADANI menggambarkan pautan baik antara kerajaan dan rakyat berlandaskan kepada asas ketelusan serta kerjasama.

Enam rukun itu adalah M bagi keMampanan, A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan).

Menerusi hantaran sama, Anwar mengajak rakyat Kedah untuk menyokong Kerajaan Perpaduan kerana dasarnya yang mengangkat martabat rakyat dan negara.

“Saya juga tegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur dalam usaha bersihkan negara daripada rasuah dan penyelewengan.

“Saya turut menggunakan kesempatan ini untuk mengajak rakyat Kedah turun beramai-ramai ke Rumah Terbuka Malaysia MADANI bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang ini, bertempat di Hotel Raia, Alor Setar. Jom pakat mai ramai-ramai!,” katanya. – Getaran, 29 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar