web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ops Sudan Selesai, Semua 30 Rakyat Malaysia Selamat Dibawa Pulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 8:00PM

Zambry (tengah) berkata meskipun Ops Sudan telah selesai, Wisma Putra masih mengikuti perkembangan yang berlaku di Sudan secara dekat. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Operasi membawa pulang 30 rakyat Malaysia dari Sudan atau Ops Sudan ketika negara itu dilanda konflik telah selesai dengan kesemuanya selamat tiba di tanah air tanpa mengalami sebarang kecederaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Perjalanan (mereka) panjang dari Khartoum ambil masa 30 jam lebih 1,300 kilometer… dengan pelbagai halangan dan cubaan, akhirnya hari ini dapat sampai dengan selamat di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur),” katanya kepada media selepas menyambut ketibaan 30 rakyat Malaysia itu di lapangan terbang berkenaan hari ini.

 Zambry berkata meskipun Ops Sudan telah selesai, Wisma Putra masih mengikuti perkembangan yang berlaku di Sudan secara dekat.

“Jika ada rakyat Malaysia yang masih ada di Sudan, pihak keluarga diminta maklumkan kepada Wisma Putra untuk kita bantu cari mereka. Saya nasihatkan rakyat Malaysia yang ingin lawat Sudan untuk tangguhkan perjalanan sehingga keadaan pulih,” katanya.

Beliau berkata pejabat Kedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara dan segala urusan berkaitan akan dikendalikan oleh Kedutaan Malaysia di Kaherah.

Lebih 400 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera ekoran konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus pada 15 April lepas.

Pada 25 April lepas, dilaporkan 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, selamat tiba di Pelabuhan Sudan pada 2.07 petang Isnin waktu Sudan (8.07 malam waktu Malaysia) setelah melalui perjalanan 30 jam menempuh jarak 1,233 kilometer.

Dilaporkan terdapat 32 rakyat Malaysia berada di Sudan iaitu di tujuh tempat berbeza dan pada 21 April lepas, dua rakyat Malaysia telah dibawa keluar dan dipindahkan ke tempat selamat.

Dua rakyat Malaysia itu merupakan individu yang berkhidmat dengan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka akan dilakukan oleh pihak PBB.

Zambry berkata kejayaan membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang berdaftar itu adalah hasil usaha bersama semua pihak termasuk keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hubungan baik Tuanku (Al Sultan Abdullah) dan Presiden UAE (Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan) beri natijah baik (dalam proses) keluarkan rakyat Malaysia. 

“Terima kasih juga kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau yang turut ikuti setiap perkembangan dan ambil langkah untuk pastikan operasi dapat dibuat sebaiknya termasuk hubungi pemimpin terlibat dalam pertikaian,” katanya.

Zambry turut merakamkan penghargaan kepada UAE dan Arab Saudi kerana membantu dalam urusan mengeluarkan kesemua 30 rakyat Malaysia dari Sudan.

Beliau berkata pihak Malaysia turut membantu mengeluarkan beberapa rakyat negara lain dari Sudan antaranya Amerika Syarikat, Kemboja dan Singapura, selain warga Palestin, Filipina dan Thailand yang turut tiba di KLIA hari ini bersama 30 rakyat Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan