Berita Terkini

1 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 1 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 1 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 1 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 1 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Bangunan MACA Dijangka Boleh Diguna Semula 18 Mei Depan - Alexander

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 4:37PM

Pembukaan semula kawasan itu akan dibuat selepas bekalan elektrik dan air serta sistem kumbahan dipulihkan, selain laluan sementara siap dibina. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang terjejas akibat insiden tanah runtuh pada Selasa lalu, dijangka dibuka dan boleh digunakan semula, 18 Mei depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan semula kawasan itu akan dibuat selepas bekalan elektrik dan air serta sistem kumbahan dipulihkan, selain laluan sementara siap dibina.

“Itu berdasarkan penerangan diberikan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool dan pasukan Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada saya.

“Secara spesifik, tempoh tiga minggu itu diperlukan bagi membolehkan kerja sementara dilaksanakan, antaranya pemasangan kepingan terpal (tarpaulin sheet) ke atas permukaan cerun terdedah yang bermula, kelmarin,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, pemasangan besi penahan runtuhan tebing (sheet pile) dan pembinaan laluan akses sementara, akan mengambil masa selama dua minggu bermula hari ini hingga 12 Mei depan.

“Pemasangan Early Warning System (EWS) sebanyak enam nos telah dibuat semalam, manakala empat nos lagi akan dipasang setelah kerja sheet pile selesai.

“Pemasangan utiliti sementara juga mengambil masa dua minggu yang melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor, Telekom Malaysia dan sistem air kumbahan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerja pembaikan kekal dijangka mengambil masa maksimum selama dua tahun yang melibatkan kerja ukur, kajian penyiasatan tapak (SI), proses perolehan dan kerja pembinaan selama 12 bulan.

Susulan itu, beliau memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Tengah hari Selasa lalu, tanah runtuh dilapor berlaku berdekatan bangunan MACA milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, di sini.

Kejadian dikatakan berpunca daripada takungan air, susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, serta paip bawah tanah pecah yang turut menyebabkan pondok keselamatan di bangunan berkenaan runtuh.

Malah, Alexander mengesahkan kejadian runtuhan cerun di MACA disebabkan kebocoran kepada sistem perpaipan bekalan air di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah MACA, Datuk Idris Zaharudin, menyifatkan kejadian itu mengejutkan dan bersifat di luar jangkaan pengurusan akademi berkenaan.

Katanya, pengurusan MACA sentiasa memastikan keadaan bangunan dan kawasan sekitar berada dalam keadaan baik, termasuk di cerun yang ada di sekitar akademi berkenaan.

“Kita memberi perhatian pada cerun di bangunan akademi, malah sepanjang tahun kita melaksanakan pelbagai pemeriksaan di bahagian yang berisiko disebabkan lokasi akademi berada di kaki bukit. Sudah tentu banyak perkara yang perlu dijaga dan dipantau.

“Bagaimanapun, apabila kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan laluan ke dalam MACA dan pondok pengawal runtuh, ia mengejutkan serta di luar jangka,” katanya. – Getaran, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

KP IKIM Diarah Beri Kerjasama Siasatan Insiden Bumbung Dewan Runtuh

2

Semasa 5 hari yang lalu

Siasatan Dakwaan Wujud Unsur Rasuah RM399 Juta: PETRONAS Sentiasa Pertingkat SOP

3

Semasa 6 hari yang lalu

‘Konspirasi Jatuhkan Saya Akan Didedahkan, Mereka Heret…’ - Guan Eng

4

Semasa 6 hari yang lalu

Dakwaan Rasuah Libatkan Projek Petronas Disiasat - SPRM

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Ada Kumpulan Cuba Salah Guna Gambar Saya Lawat Gereja Di Kajang – PM

oleh Jason Santos

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perkukuh Jaringan Perniagaan Dengan Qatar, Alukan Penerokaan Perdagangan, Pelaburan - PM

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas: Solat Hajat Mohon Doa Kesejahteraan Diadakan Esok - Na'im

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Representasi Kedua Rizal Van Geyzel Untuk Gugur Pertuduhan