web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Langkah Segera Diambil Cegah Tanah Runtuh Merebak - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 8:18PM

ACP Beh Eng Lai - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kawasan tanah runtuh dengan kanvas merupakan antara tiga langkah segera yang diambil bagi mengelakkan kejadian di pintu masuk utama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) merebak ke tempat lain.

 Ketua Komander Bencana ACP Beh Eng Lai berkata kerja-kerja penutupan kawasan terlibat telah dilakukan sejak 3.30 petang tadi dan dijangka mengambil masa selama dua hari hingga esok.

“Tujuan penutupan kawasan yang terlibat adalah untuk menahan sebarang aliran air atau mencegah aliran air daripada meresap di dalam tanah selain memastikan aliran air itu senang bergerak ke bawah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Eng Lai, yang juga Ketua Polis Daerah Sentul, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama agensi berkaitan antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Katanya selain itu, kerja-kerja memasang besi cerucuk di sekitar kawasan tanah runtuh dan di sempadan pagar Institut Integriti Malaysia juga akan dilakukan bermula Jumaat ini yang dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.

Eng Lai berkata selepas itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya baharu untuk akses keluar masuk ke bangunan MACA akan dilakukan bagi mengeluarkan kenderaan milik akademi dan kakitangan yang terperangkap di kawasan tersebut.

“Terdapat kira-kira 50 kenderaan antaranya kereta, motosikal dan bas milik MACA serta petugasnya yang tidak dapat dikeluarkan susulan kejadian itu kerana ia melibatkan satu-satunya jalan keluar dan masuk ke akademi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pihak JKR juga telah meminta kontraktor yang kompeten untuk memasang alat pengesan pergerakan tanah di kawasan terbabit kerana masih berlaku runtuhan kecil sehingga menghampiri gelanggang tenis Institut Integriti Malaysia (IIM).

Katanya alat pengesan itu telah diletakkan di 10 poin sekitar kawasan runtuhan dan semua orang yang berada di lokasi terbabit akan diarah keluar jika berlaku sebarang pergerakan tanah.

Eng Lai juga berkata hasil penilaian dan analisis bersama JKR dan JPBM masih mengekalkan keputusan siasatan awal sebelum ini yang mendapati punca kejadian adalah disebabkan dua faktor utama iaitu takungan air di sebelah pagar MACA serta kebocoran paip di bawah tanah.

“Bangunan MACA sudah berusia 40 tahun, kami percaya paip yang berada di bawah tanah juga sudah 40 tahun dan agak lama.

“Bagaimanapun, penilaian oleh JKR mendapati kedua-dua bangunan MACA dan IIM masih selamat ketika ini,” katanya yang tidak menafikan kejadian hakisan tanah pernah berlaku di kawasan terbabit beberapa tahun lepas namun pihak MACA telah melakukan tampalan di lokasi terjejas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Di Kampung Seberang Janggut, Penduduk Terputus Hubungan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad