web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebocoran Paip Bawah Tanah Punca Tanah Runtuh Di MACA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 6:15PM

Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pegawai Keselamatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di hadapan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasil siasatan awal Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati runtuhan tanah di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kebocoran paip mengakibatkan tanah mengalami ketepuan tinggi (fully saturated), seterusnya meningkatkan ‘lateral force’ kepada tembok penahan sedia ada jenis Contiguous Micropile.

“Sebahagian tembok penahan tersebut telah runtuh bersama-sama dengan tanah cerun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, dalam siasatan itu, pihaknya mendapati semasa kejadian itu, cuaca baik dan tiada hujan.

“Taburan hujan di Stesen Sentul untuk empat hari dari 21 hingga 24 April lalu juga mencatatkan bacaan yang tinggi antara 16.0 milimeter (mm) hingga 47.5 mm,” katanya.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, JKR memerlukan lukisan terbina (As-built Drawing) struktur tembok penahan sedia ada dari pihak pemilik bangunan, untuk membuat semakan lanjut terhadap struktur tembok penahan berkenaan.

Katanya, kerja pembersihan tapak juga akan bermula petang ini, melalui kontraktor yang dilantik serta kerja pemasangan kanvas di kawasan cerun runtuh bagi mengelakkan resapan air hujan terus ke tanah.

“Kerja pemasangan tilt sensor bagi memantau pergerakan tanah di kawasan tersebut dijangka akan dipasang bermula esok,” katanya.

Sementara itu, JKR dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, pihaknya berada di tapak runtuhan tersebut untuk melaksanakan tinjauan dan pemeriksaan sejurus menerima pemakluman berkenaan kejadian tersebut.

“Hari ini, Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik dan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Ir Badioezaman Ab Khalik berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut sejak jam 9.15 pagi.

“JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan kerja pemeriksaan di kawasan kejadian. Laporan terperinci hasil daripada pemeriksaan akan diserahkan kepada pihak berkepentingan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, MACA mengosongkan seluruh akademinya dan memindahkan 45 orang susulan kejadian tanah runtuh di pintu masuk utamanya tengah hari, semalam.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, angka itu membabitkan 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters.

“Pengosongan itu dibuat atas nasihat pihak bomba dan akan berterusan sehingga kawasan terbabit diisytiharkan selamat.

“Ketika ini, pihak MACA turut bersedia dengan arahan lanjut pihak berkuasa serta akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa,” katanya.

Sehubungan itu, MACA memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh itu. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad