web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konflik Sudan : 30 Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Jeddah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 5:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga puluh rakyat Malaysia yang diselamatkan dalam proses evakuasi selamat meninggalkan Pelabuhan Sudan, awal pagi tadi.

Jurucakap Wisma Putra berkata, kesemua mereka menaiki kapal tentera laut Arab Saudi menuju ke Jeddah.

Menurut beliau, mereka terlebih dahulu menempuh perjalanan sukar selama 30 jam melalui jalan darat dari Khartoum.

“Perjalanan merentasi Laut Merah itu dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam,” katanya, ringkas hari ini.

Jurucakap itu berkata, kerajaan amat berterima kasih dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Saudi (UAE) atas bantuan dalam menjayakan proses evakuasi tersebut.

“Atas semangat ehsan jua, Malaysia juga turut memudahcara evakuasi warganegara  Kemboja, Palestin, Filipina, Singapura, Sudan, Thailand, dan Amerika Syarikat untuk dibawa keluar dari Sudan dengan selamat, di bawah usaha dan pemantauan operasi evakuasi  Malaysia,” katanya.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam dipetik sebagai berkata, Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia juga berjaya membantu mengeluarkan 26 warganegara lain untuk turut sama dalam proses evakuasi tersebut.

“Mereka terdiri daripada 14 rakyat Singapura, enam rakyat Kemboja, dua warganegara Amerika Syarikat (AS) dan masing-masing seorang rakyat Thailand, Filipina, Palestin serta Sudan.

“Dua lagi rakyat Malaysia tidak terbabit dalam proses evakuasi kerana mereka berkhidmat di United Nations Mission in Sudan (UNMIS) di Abyei,” katanya.

Jelas Zambry, proses evakuasi kedua mereka akan dilakukan oleh pihak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Konflik di Sudan bermula susulan pemberontakan oleh Rapid Support Forces (RSF), yang membawa kepada pertempuran bersama Angkatan Tentera Sudan.

Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), korban akibat pergolakan di Sudan sehingga kini meningkat kepada lebih 400 orang, manakala 3,500 lagi cedera. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo Selamat Tiba Di Tanah Air - KPN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam 2 Insiden Di Jepun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad