web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam 2 Insiden Di Jepun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 2:38PM

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia di Jepun yang terjejas dalam kejadian bencana gempa bumi dan kemalangan pesawat di lapangan terbang yang berlaku minggu ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad berkata, beliau sentiasa berhubung rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan rakan sejawatnya di negara berkenaan bagi memantau perkembangan terkini kedua-dua insiden itu.

"Tidak ada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden di Lapangan Terbang Haneda Tokyo, dan di kawasan gempa bumi itu ada rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar kita yang tinggal di situ tetapi tidak ada yang terjejas dan mereka semuanya selamat," katanya.

Ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia Fasa Kedua di bawah Inisiatif Diplomasi Budaya yang turut dihadiri Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di sini hari ini, Mohamad berkata, Malaysia bersedia menawarkan apa sahaja bentuk bantuan dan sokongan kepada Jepun sekiranya diperlukan.

"Buat masa ini mereka (Jepun) mempunyai keupayaan amat mencukupi, walau bagaimanapun kita telah pun menawarkan apa juga bantuan dan bentuk sokongan yang mereka perlukan," katanya.

Pada kira-kira jam 6 petang waktu tempatan pada Selasa, pesawat Japan Airlines JAL 516 dari Hokkaido bertembung dengan pesawat pengawal pantai MA-722 ketika mendarat di Lapangan Terbang Haneda, mengakibatkan kedua-duanya terbakar.

Lima daripada enam anak kapal pesawat pengawal pantai itu terkorban, manakala kapten kapal berjaya menyelamatkan diri, namun cedera parah.

Pesawat pengawal pantai itu membawa barangan bantuan untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di Wilayah Niigata selepas beberapa siri gegaran sehingga 7.6 magnitud melanda tengah Jepun pada petang Isnin.

Isnin lalu, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun, sehingga mencetuskan ombak tsunami setinggi lebih satu meter, selain turut meruntuhkan bangunan, menyebabkan kebakaran besar di pelabuhan dan merosakkan jalan raya.

Korban akibat gempa bumi itu meningkat kepada 78 orang setakat pagi Khamis, selepas beberapa siri gempa bumi mencecah sehingga 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya, lapor Xinhua.

Sementara itu pada majlis tersebut, Tiong yang mewakili Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyerahkan 20 set busana tradisional etnik-etnik utama di Malaysia berserta aksesori lengkap untuk diagihkan kepada 20 Pejabat Perwakilan Malaysia yang strategik di luar negara.

la adalah sesi penyerahan kedua oleh MOTAC selepas penyerahan kali pertama kepada 10 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang sudah dilaksanakan pada 27 Januari 2022.

Tiong berkata, penyerahan 20 set busana tradisional itu adalah salah satu usaha MOTAC untuk meningkatkan kefahaman dan peranan duta Malaysia di luar negara dalam mempromosikan seni dan budaya negara serta mengukuhkan kolaborasi budaya dengan pertubuhan kebudayaan antarabangsa.

"Kerjasama silang budaya ini dapat mewujudkan peluang sinergi dengan menarik penglibatan aktif pihak swasta, badan bukan kerajaan, komuniti, kerjasama antara kementerian dan jabatan kerajaan terhadap pembangunan dan kelestarian seni budaya dan warisan," katanya.

Mohamad berkata, busana yang diterima itu membolehkan pejabat-pejabat kedutaan di luar negara menjadi tempat untuk memperagakan atau mempromosikan pakaian seni budaya pelbagai etnik di Malaysia kepada masyarakat antarabangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo Selamat Tiba Di Tanah Air - KPN

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Bergerak Solo Di PRN Johor, Petanda Kuat Atau Menempah Bala? 

Memilih untuk bertanding sendirian dalam landskap politik yang sama berisiko memberikan isyarat bercelaru kepada pengundi; kerjasama dalam kerajaan, tetapi bers...

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu