web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bau Busuk Bongkar Kematian Warga Emas Di Muar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 4:34PM

ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bau busuk di hadapan rumah membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas yang tinggal bersendirian di Jalan Perdana 2, Taman Perdana, dekat Muar, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata warga tempatan berusia 75 tahun itu tidak dapat dihubungi oleh anak saudaranya sebelum bertindak pergi ke rumah mangsa untuk memeriksa kira-kira 10.47 malam.

“Pihak polis menerima maklumat daripada anak saudara mangsa yang telah pergi ke rumah tersebut dan memberitahu menghidu bau busuk di hadapan rumah bapa saudaranya itu.

“Mangsa bagaimanapun telah dijumpai terbaring di atas katil, dipercayai telah lama meninggal dunia di ruang tamu rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kematian lelaki itu kemudian disahkan oleh pasukan perubatan daripada Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar yang turut berada di lokasi kejadian.

Raiz Mukhliz berkata hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan atau tanda perbuatan jenayah di tubuh badan mangsa dan hasil semakan rekod perubatan di hospital mendapati mangsa pernah menerima rawatan pada 11 Disember tahun lepas kerana kekurangan darah.

Beliau berkata mangsa juga menghidap penyakit prostat dan telah mendapatkan suntikan COVID-19, sekali gus menjelaskan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azhar Khalil menerusi kenyataan berasingan berkata pihaknya turut ke lokasi kejadian bagi membuka pintu rumah mangsa yang terkunci dengan bertindak memotong mangga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek