web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tular Pengawal Keselamatan Meracau Dakwa Jumpa Hantu, ‘Kesiannya Dia Mesti Trauma’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 7:00AM

Seorang pengawal keselamatan ketakutan sehingga menggigil dan meracau, selepas mendakwa terlihat kelibat misteri. - Gambar tangkap layar dari Twitter @azwant

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebuah video tular memaparkan seorang pengawal keselamatan ketakutan sehingga menggigil dan meracau, selepas mendakwa terlihat kelibat misteri atau ‘hantu’ ketika bertugas pada malam hari raya baru-baru ini, mendapat perhatian serta simpati ramai.

Menerusi video berdurasi 35 saat dikongsikan seorang pengguna Twitter, @azwant sehingga tular di platform media sosial sejak 1 Syawal lalu itu, lelaki berbangsa Nepal terbabit berulang kali menyebut ‘hantu’ sambil ketakutan.

Dia cuba ditenangkan beberapa individu sambil seorang daripada mereka berkata ‘mana ada hantu, tak ada’, sebelum pengawal keselamatan itu tetap mendakwa dia ternampak hantu.

Malah, melalui video itu, terdapat lelaki berkopiah meminta warga asing itu memandang ke atas, sebelum dia rebah secara tiba-tiba. 

Insiden dipercayai berlaku pada malam raya itu bagaimanapun tidak diketahui lokasinya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dan mengharapkan lelaki terbabit kembali tenang serta ‘pulih’ akibat kejadian berkenaan.

“Kesian weh guard ni, lemah sangat dah semangat dia, semoga dibawa berubat…,” kata seorang pengguna.

“Kesiannya dia, mesti trauma. Semoga yang baik-baik sahaja untuk dia. Saya tak bolehlah tengok Nepal ke, Bangladesh ke, Myanmar ke macam ini, auto (terus) kesian,” luah Diracoolz. 

“Lain macam hantu malam raya ni, mana sempat je dia bagi kejutan. Semoga pengawal keselamatan tersebut tidak demam atau hilang waras, kalau tak memang jadi kenangan sehingga akhir hayatnya,” tulis Abang Jaapar. 

“Jantung macam nak pecah tu...Kesian, letih lelah semua urat saraf,” ujar Mohd Ismail. 

Sementara itu, ada netizen mendakwa turut terlihat kelibat lembaga misteri menerusi video terbabit. 

“Yang belakang itu, awal nampak macam budak berjalan tetapi selepas itu, tiba-tiba dia henjut kepala dan melompat, budak ke makhluk itu,” kata aichahtheikanbuntal. - Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KDN Tahan 10 Pengawal Keselamatan Warga Asing

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warkah Daripada Murid Dorong Uncle Kittu Kembali Ke SK Bandar Baru Putera

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad