web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jamu Hannah, Gobind Sempena Aidilfitri, Netizen Puji Bakat Memasak Syed Saddiq, ‘Nampak Sedap’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 10:57AM

Semua hidangan itu dimasak oleh Syed Saddiq untuk dijamu kepada rakan sempena Aidilftri kedua semalam. - Gambar Instagram syedsaddiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – ‘YB Menteri (Belia dan Sukan), Hannah Yeoh juara habis makan lima ketul ayam,” gurau Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi perkongsian gambar dan video di Instagramnya yang memaparkan pemimpin wanita itu berselera menikmati juadah hasil ‘air tangannya’.

Beliau berkata, semua hidangan itu dimasaknya untuk dijamu kepada rakan sempena Aidilftri kedua semalam.

“I masak masak today for friends (hari ini untuk rakan).

“Tak tahu bagaimana beliau (Hannah) kekal kurus dan nampak muda walaupun berselera menikmati makanan,” tulisnya berjenaka sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengikutnya di media sosial itu.

Syed Saddiq turut berkongsi gambar beliau bersama Hannah dan suaminya, Ramamchandran Muniandy serta Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo dan isteri, Sangeeta Kaur Sidhu pada jamuan makan dikediamannya itu.

Menerusi perkongsian video pula, Hannah yang cantik berbusana ala kebaya warna hijau dilihat memuji keenakan hidangan disediakan Syed Saddiq.

Perkongsian dibuat mantan Menteri Belia dan Sukan itu menarik perhatian Hannah sendiri yang juga sahabat baiknya.

“OMG the video makan, tapi memang sedap sekali. Esok baru mula kira kalori,” kata Hannah.

Kemudian Syed Saddiq membalas dengan mengatakan perkara itu tidak menjadi ‘kesalahan’ kerana ia adalah hari raya, malah memberitahu Hannah kelihatan jauh lebih muda daripada umur sebenar.

“@hannah yeoh cheat day. It’s raya, relax (ini raya, santai). You already look 15 years younger than your actual age (anda kelihatan 15 tahun lebih muda daripada umur sebenar anda),” balas Syed Saddiq.

Manakala, perkongsian itu turut mendapat reaksi daripada pengikutnya.

“Selamat hari raya, seronoknya masak untuk kawan,” tulis nanirostam.

“Mari meraikan raya ini dengan semangat Malaysia MADANI,” ujar gunasegaran.k.

“Sedap sangat tu sampai YB (Hannah) habis makan, power (hebat) lah YB Syed Saddiq,” kata muzammilshah_94.

“Hahaha YB Hannah sangat adorable (menawan). Selamat Hari Raya untuk anda semua,” ucap sunitakaurgill05.

Segelintir netizen pula memberikan komen mengenai juadah dimasaknya.

“Minyak sangat tu,” tulis wanyscarlett sebelum dibalas Syed Saddiq ‘guna Ghee (minyak sapi), sebab itulah nampak berminyak.

“Ini mesti pakai resipi Khairul Amin ni,” gurau melur_azizon yang menerima respon emotikon ketawa daripada Ahli Parlimen Muar itu.

“Masak apa YB? Rendang ke?” tanya itswinnylee.

“Ayam masak merah sambal” jawab pemimpin muda itu. – Getaran, 24 April 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar