web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Air di Kelantan Tiada Noktah, ‘Sampai Bila Kerajaan Negeri Nak Atasi?’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 9:08PM

Mohd Syahiran berkata persiapan dibuat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) dilihat mengecewakan sehingga menyebabkan penduduk terjejas dengan masalah bekalan sumber itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap kali menjelang Syawal, penduduk di Kelantan kerap berdepan isu gangguan bekalan air yang dilihat menjejaskan persiapan dan kelancaran sambutan Aidilfitri. 

Bahkan isu sering melanda negeri berkenaan itu juga sudah dianggap seperti ‘tradisi’ setiap tahun apabila tiba musim perayaan.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan, Mohd Syahiran Muhammad berkata, persiapan dibuat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) dilihat mengecewakan sehingga menyebabkan penduduk terjejas dengan masalah bekalan sumber itu.

Katanya, meskipun aduan sudah dikemukakan menerusi akaun Facebook rasmi AKSB, sehingga kini belum ada sebarang tindakan proaktif diambil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu. 

“Tindakan AKSB yang menutup ruangan komen adalah tindakan tidak wajar kerana akaun rasminya di semua platform media sosial, sepatutnya menjadi ruangan untuk netizen Kelantan melaporkan isu tersebut. 

“Memandangkan beberapa komen netizen dalam hantaran tersebut memaklumkan kawasan mereka turut terjejas, kami memohon AKSB melaporkan bentuk tindakan yang diambil,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Mohd Syahiran menegaskan, keperluan tindakan itu dilakukan adalah bagi memastikan masalah bekalan air dirawat tidak mencukupi sempena Aidilfitri sudah diselesaikan AKSB.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pelbagai pihak, khususnya kerajaan negeri Kelantan campur tangan berhubung isu terbabit yang seperti tiada noktahnya.

“Kami juga menggesa agensi kerajaan negeri khususnya Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri untuk memberi penerangan serta menyelesaian segera isu tersebut. 

“Ini kerana masalah yang berlaku sedikit sebanyak memberi imej negatif terhadap libat urus keperluan asas negeri,” katanya. 

Mengulas lanjut, Mohd Syahiran berkata, keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan penduduk yang terjejas, terpaksa berulang alik bagi mendapatkan bekalan air bersih.

“Sempena Aidilfitri, bekalan air terawat yang menjadi keperluan asas manusia, sepatutnya dibekalkan mencukupi, apatah jumlah anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya dianggarkan lebih dari enam juta orang.

“Semoga Aidilfitri disambut dengan fasiliti asas rakyat mencukupi dan keperluan mereka dipenuhi di Kelantan pada masa datang,” katanya. 

Terdahulu, UMNO merayu kepada pengundi Kelantan supaya memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, bagi menyelesaikan masalah bekalan air negeri berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, masalah air di Kelantan adalah janji UMNO yang akan diselesaikan sekiranya diberi peluang oleh rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak tertentu tidak boleh menyalahkan Allah SWT dalam isu air keruh, sebaliknya pemimpin perlu berusaha memberi air bersih kepada rakyat - Getaran, 23 April 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar