Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Sivakumar Patut Bercuti, Jangan Tunggu Sehingga PM Arah’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 3:11PM

V Sivakumar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar disaran bercuti dari tugasnya itu, sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selesai menjalankan siasatan berhubung kes dakwaan rasuah membabitkan pengambilan pekerja asing. 

Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Hassan Abdul Karim berkata, tindakan itu wajar bagi menonjolkan tauladan, selaras dengan agenda Pakatan Harapan (PH) untuk membasmi rasuah.

Katanya, Sivakumar sudah tentu lebih faham mengenai prinsip ‘tanggungjawab kolektif’ dan ‘tanggungjawab menteri’ dalam fungsi kerja Jemaah Menteri atau Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Hassan Abdul Karim
Hassan Abdul Karim

“Jangan tunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan supaya menteri (Sivakumar) yang terpalit kementeriannya dengan rasuah supaya bercuti ataupun meletakkan jawatan.

“Setiap menteri harus ada tanggungjawabnya sendiri untuk menjaga nama baik kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang amat jelas sedang melakukan tindakan untuk membanteras amalan rasuah dalam jentera kerajaan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Hassan yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menegaskan, tindakan Sivakumar yang tidak mahu bercuti dari jawatannya itu boleh merosakkan imej Kerajaan Perpaduan.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Setakat ini YB Menteri Sumber Manusia bukannya suspek, bukannya orang dituduh.

“Tetapi fakta dua kali dipanggil untuk disiasat SPRM dan rumah serta pejabat dilawati suruhanjaya itu, bukanlah sesuatu yang molek bagi wajah anggota Kabinet kerajaan yang dikenali sekarang sebagai Kerajaan Madani,” katanya. 

Bagaimanapun, Hassan berkata, desakan itu bukanlah bermaksud beliau mahu Sivakumar meletakkan jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia.

“Saya percaya YB Menteri mempunyai jiwa besar dan punya hati Nurani jernih dan mulia. Sebagai seorang Ahli Parlimen dan pemimpin politik berpengalaman, adalah terhormat bagi Sivakumar mengambil tindakan tepat.

“Saya tidak mendesak atau menyeru beliau meletakkan jawatan sekarang. Sekurangnya eloklah pada waktu ini beliau bercuti dahulu daripada tugas sebagai seorang menteri,” katanya.

Terdahulu, SPRM dilaporkan ‘hadir’ ke pejabat dan kediaman Sivakumar bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit, menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Difahamkan, tindakan terbabit bagi menjejaki wang didakwa diperoleh Sivakumar.

Malah, tindakan itu diambil SPRM sebaik sahaja keterangan menteri terbabit diambil pada hari sama bagi membantu siasatan.

Pada 14 April lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, Setiausaha Sulit kepada Sivakumar ditahan.

Bagaimanapun, Anwar memberitahu bahawa penahanan beberapa pegawai Sivakumar adalah keputusan SPRM untuk bertindak terhadap sesiapa sahaja jika ada asasnya. - Getaran, 23 April 2023.

Sorotan

1

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

2

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

3

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

4

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

5

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi

Semasa 21 jam yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang: Penerbangan Masuk, Keluar KLIA Diteruskan - CAAM

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM