web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kaunter Ikat Jamin Tutup Awal: Azalina Arah Siasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 3:39PM

Azalina Othman Said - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan kaunter ikat jamin di sebuah mahkamah Kuala Lumpur, ditutup awal sehingga enam tertuduh terpaksa menghabiskan hujung minggu di penjara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau sudah mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di bawah kementeriannya menyiasat dakwaan itu.

Katanya, diikat jamin adalah hak asasi manusia dan mengikut Perlembagaan, justeru sebarang tindakan, termasuk masalah pentadbiran yang mengganggu hak itu dianggap melanggar prinsip berkenaan.

“Jika dakwaan dibuat peguam tertuduh itu benar, ia tentunya perlu dikaji semula dan dibetulkan bagi memastikan kesilapan pentadbiran seperti ini tidak berulang,” katanya kepada FMT.

Pada Khamis lalu, enam lelaki dilapor terpaksa menghabiskan hujung minggu panjang di penjara kerana kaunter memproses ikat jamin ditutup awal daripada kebiasaan.

Mereka antara 10 tertuduh yang minta dibicarakan atas konspirasi jenayah dengan niat menipu, manakala empat lagi membayar ikat jamin tepat pada masanya.

Peguam mereka, Alvin Tan mendakwa kaunter ikat jamin ditutup pada jam 2.53 petang, tidak lama selepas majistret membenarkan ikat jamin RM4,000 setiap satu.

Bagaimanapun, katanya, notis di kaunter ikat jamin menyatakan waktu operasi sehingga 4.30 petang.

Manakala, semalam mantan Timbalan Menteri undang-undang, Hanipa Maidin dilapor berkata, kaunter pendaftaran yang memproses jaminan tidak wajar ditutup lebih awal dari biasa.

Katanya, apa yang berlaku boleh menyebabkan kerajaan berdepan saman sivil, termasuk ‘tort of misfeasance in public office’. - Getaran, 22 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan