web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hindari Sifat Tercela, Kesannya Amat Berbahaya Kepada Agama, Bangsa Dan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 7:12AM

Sifat hasad dengki, dendam kesumat, bermusuhan sesama masyarakat, cela-mencela, mendedahkan keaiban orang lain, buruk sangka sesama Muslim, menganggap dirinya sahaja yang betul dan menganggap orang lain salah juga perlu dihindari - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan supaya tidak menyebarkan dakwaan palsu, propaganda buruk, menghebohkan berita jahat, tuduh menuduh dan menabur fitnah menggunakan saluran media.

Malah, sifat hasad dengki, dendam kesumat, bermusuhan sesama masyarakat, cela-mencela, mendedahkan keaiban orang lain, buruk sangka sesama Muslim, menganggap dirinya sahaja yang betul dan menganggap orang lain salah juga perlu dihindari.

Peringatan itu ditekankan dalam khutbah Jumaat bertajuk ‘Hari Kemenangan, Hari Perpaduan’ dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.

Menurut teks khutbah berkenaan, kesemua sifat tercela itu amat berbahaya kepada agama, bangsa dan negara serta umat akan dilaknat Allah, Rasul dan masyarakat.

Malah katanya, sifat keji tersebut merupakan penyakit yang boleh merosakkan umat Islam, melenyapkan perpaduan dan memecahkan umat
Islam, hingga akhirnya menuju kepada kehancuran serta mengundang kemurkaan Allah SWT.

“Satu perkara yang perlu disentuh pada hari raya yang mulia ini ialah masalah perpecahan dan perselisihan dalam kalangan umat Islam yang terus berlaku.

“Memandangkan perlu dan pentingnya perpaduan, penyatuan dan persaudaraan untuk menjamin maruah umat Islam, wajarlah semua kembali kepada Al-Quran dan al-Sunnah, yang sentiasa menyuruh meninggalkan segala persengketaan, perpecahan, perkelahian, pergaduhan, permusuhan dan hasad dengki,” katanya.

Jelas teks itu lagi, umat Islam perlu kembali kepada kebenaran dan berpegang teguh kepada ajaran Islam, bentuklah usrah, keluarga dan ukhuwah kerana Allah.

“Hidupkanlah semangat tolong-menolong, bantu-membantu atas dasar takwa kepada Allah. Bersatulah kita dalam melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar.

“Ingatlah firman Allah surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan,” katanya.

Teks khutbah tersebut turut mengingatkan umat Islam agar tidak meringankan ajaran Islam selepas berakhirnya Ramadan seperti meninggalkan solat, mendedahkan aurat dan melakukan perkara mungkar.

“Kita mengharapkan ibadah Ramadan meninggalkan kepada kita kesan yang baik di dalam diri dan akhlak kita. Mudah-mudahan ia menjadi
ubat kepada penyakit yang kita hadapi.

“Mudah-mudahan hikmah di sebalik ibadah puasa di siang hari dan menghidupkan malamnya dengan qiyam dan ibadah membuahkan ketakwaan yang berkekalan,” katanya.

Dalam pada itu, teks khutbah tersebut turut menggesa umat Islam supaya saling salam-bersalaman dan bermaaf-maafan sambil berpelukan ketika meraikan Aidilfitri agar berguguranlah segala kesalahan sebaik sahaja pulang ke rumah masing-masing.

“Rasulullah SAW memeluk Saidina Jaafar sekembalinya daripada Habsyah dan mengucup antara dua matanya. Ketika pulang ke rumah nanti, pulanglah dengan jalan yang berlainan supaya dapat bertemu lebih ramai umat Islam, bersalam-salaman.


“Meriahkanlah Aidilfitri dengan kunjung-mengunjung dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain,” katanya. – Getaran, 22 April 2023

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad