web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Saran Umat Islam Berhati-Hati Dengan Varian Baharu COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 6:14PM

Ahmad Zahid ketika hadir bagi meninjau harga barangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan umat Islam yang menyambut Aidilfitri di seluruh negara agar berhati-hati dengan varian baharu COVID-19 iaitu XBB1.16 atau Arcturus.

“Kita harus lebih berhati-hati kerana varian baharu ini kita tidak tahu kadar jangkitannya dan ia sangat terbuka serta cepat … Saya harap kita lebih berhati-hati sambil kita bergembira (menyambut Aidilfitri),” katanya kepada pemberita ketika meninjau jualan Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati dan fokus ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya harap dengan tol percuma yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita harus ambil peluang ini untuk pulang ke kampung bersilaturahim dengan ibu bapa dan kaum keluarga tetapi jangan dalam kegembiraan ini, kita leka di jalan raya.

“Nyawa lebih penting dan saya harap soal keselamatan jalan raya harus diberi keutamaan selain menjalin silaturahim,” katanya.

Tinjauan Bernama di Jalan Tunku Abdul Rahman mendapati ramai warga kota mengambil peluang jualan murah yang ditawarkan oleh peniaga pada hari terakhir Ramadan.

Ahmad Zahid turut meluangkan masa menyantuni warga kota serta beramah mesra sambil berswafoto bersama pengunjung dan peniaga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar