web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inisiatif Khas Bantu Pelajar Perlu Pengangkutan Udara Pulang Ke Kampung - Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 7:01AM

Anthony Loke (kanan) menyampaikan cenderahati kepada penumpang pesawat KUL-TWU AK9746 ke Tawau ketika membuat tinjauan mengenai penerbangan tambahan AirAsia dari KLIA (Terminal 2) ke Tawau melalui pesawat KUL-TWU AK9746 di KLIA Terminal 2, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu inisiatif khas sedang dirangka bagi membantu pelajar yang memerlukan pengangkutan udara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, termasuk ketika musim perayaan dan cuti semester.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sasaran inisiatif tersebut tertumpu kepada penuntut di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menurut beliau, kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi turut akan dilibatkan dalam perkara itu.

“Setakat ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) sudah mendapatkan data mahasiswa berasal dari Sabah dan Sarawak yang menuntut di IPTA di Semenanjung.

“Inisiatif sama turut terpakai ke atas penuntut yang berasal dari Semenanjung tetapi sedang menyambung pengajian di Sabah dan Sarawak,” katanya, seperti dilaporkan Bernama.

Loke menyatakan demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, malam tadi.

Serentak dengan itu jelasnya, MOT juga telah diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tampil  dengan penyelesaian segera, berhubung isu harga tiket penerbangan yang melambung pada musim perayaan.

Menurut beliau, ia termasuk harga tiket ke Sabah dan Sarawak yang menjadi isu hangat mutakhir ini.

“Kementerian akan mencari mekanisme terbaik yang boleh diguna pakai untuk menangani masalah ini secara efisien.

“Ia akan melibatkan harga tiket untuk semua musim perayaan, termasuk Tahun Baharu Cina dan Hari Gawai, bukan hanya Hari Raya semata-mata,” katanya.

Perdebatan antara Loke dan mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengenai harga tiket ke Sabah dan Sarawak menarik perhatian ramai, apabila keduanya saling berbalas kenyataan baru-baru ini.

Ia dipercayai bermula apabila Loke mendakwa Ka Siong tidak membuat semakan terlebih dahulu mengenai harga tiket penerbangan, sebelum memuat naik hantaran di Facebook.

Enggan berdiam diri, Ka Siong bertindak memuat naik tangkap layar harga tiket penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang mencecah RM3,138.

Membidas hantaran itu, Loke menyelar Ka Siong dengan meluahkan rasa hairan apabila Ahli Parlimen Ayer Hitam itu hanya membuat perbandingan harga menggunakan satu aplikasi, walaupun pada tiga telefom bimbit berbeza. 

“Mantan Menteri takkan tak tahu bahawa Malaysia Airlines (MAS) ada aplikasi sendiri. Kalau periksa tiket MAS, mengapa guna 'AirAsia app’?

"Ini macam nak beli KFC tapi pergi ke McDonald's,” sindirnya. - Getaran, 21 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar