web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teliti Semula Undang-Undang Berkaitan Fitnah, Elak Sekat Kebebasan Bersuara Ahli Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 3:39PM

Mohd Zaid Ibrahim berkata Undang-undang berkaitan fitnah di negara ini wajar diteliti semula dan digubal kerana akta sedia ada berhubung perkara itu, dianggap kurang relevan hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Undang-undang berkaitan fitnah di negara ini wajar diteliti semula dan digubal kerana akta sedia ada berhubung perkara itu, dianggap kurang relevan hari ini.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, justeru Ahli Parlimen disaran memulakan langkah tersebut agar mahkamah mengambil kira faktor tertentu dalam menentukan jumlah pampasan atau ganti rugi bagi kes saman fitnah.

Menurut beliau, mengambil kira contoh kes saman fitnah membabitkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, bayaran pampasan yang perlu dibayarnya terlalu besar sehingga menjejaskan keupayaan ahli politik untuk bersuara.

“Ganti rugi fitnah jadi suatu perkara yang perlu diteliti. Banyak faktor perlu diperhalusi. Jadi saya harap, apabila timbul kes Lim Lip Eng, ahli politik dan Ahli Parlimen boleh menyemak akta sedia ada.

“Ia penting supaya ada pertimbangan antara hak bersuara dan beri pampasan kepada mereka yang buat kenyataan tidak betul. Jadi sebab itu, masanya sudah tiba hari ini. Betullah di Malaysia, hari ini orang kata, saya jumpa awak di mahkamah.

“Tapi jumlah pampasan dan dasar mengenai undang-undang yang bertanggungjawab perlu digubal di Parlimen. Mahkamah tidak wajar membuat dasar, Parlimen tempat membuat dasar. Jadi undang-undang berkaitan fitnah perlu diperhalusi demi kepentingan Ahli Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes saman fitnah dihadapi Lip Eng dalam video yang dimuatnaik di Facebooknya, hari ini.

Pada 16 Mac lalu, Lip Eng diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi, kesemuanya berjumlah RM2 juta kepada sebuah firma e-dagang,  MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya, Datuk Seri Jessy Lai.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati Lip Eng bertanggungjawab memfitnah Jessy dan MonSpace yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua dalam tuntutan saman difailkan mereka.

Jessy dan MonSpace memfailkan saman terhadap Lip Eng (defendan) pada Jun 2019, kerana mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan fitnah yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina bahawa mereka menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur dari negara China.

Jessy berkata, Lip Eng membuat kenyataan itu pada Mei 2017 dan November 2018 apabila beliau membawa sekumpulan individu, yang dikatakan pelabur MonSpace, ke pejabat Lai dan kemudiannya membuat laporan polis terhadapnya.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, bayaran ganti rugi yang perlu dibayar Lip Eng adalah yang tertinggi pernah direkodkan di negara ini.

Justeru, katanya, beliau khuatir lebih banyak kes saman membabitkan Ahli Parlimen yang bersuara untuk kepentingan umum jika saranan itu tidak dilaksanakan dengan segera.

Lim Lip Eng - Gambar Fail Bernama
Lim Lip Eng - Gambar Fail Bernama

“Kes saman menyaman khususnya membabitkan orang politik memang banyak. Jika mahkamah buat keputusan untuk memberi denda atau pampasan yang terlalu besar, saya bimbang kebebasan bersuara akan terjejas.

“Ia akan memberi kesan terutama kepada wakil rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang perlu memperkatakan sesuatu jika perlu atau berkaitan kepentingan umum. Memanglah sumber maklumat mereka tidak 100 peratus betul tapi inilah masalahnya.

“Kalau mereka tidak katakan perkara wajar, maka mereka akan dianggap mengabaikan tanggungjawab untuk membela kepentingan orang ramai,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat keputusan mahkamah berkaitan bayaran pampasan kes saman fitnah terlalu tidak seimbang.

“Kita tidak mahu apa yang berlaku di Singapura, setiap kali JB Jeyaretnam disaman oleh Lee Kuan Yew. Keputusan mengenakan denda dan pampasan berat sehingga Jeyaretnam meninggal dunia dan bankrap.

“Inilah nasib dialami seseorang (ahli politik) yang memperjuangkan hak pekerja di Singapura. Kita tidak mahu perkara ini berlaku di Malaysia. Perlu ada pertimbangan hak bersuara dan reputasi kita dipertahankan,” katanya.

Malah, Zaid turut menggesa kerajaan supaya mencontohi langkah diambil Parlimen England yang mengubal Akta Fitnah 2013 selepas kes saman fitnah membabitkan ahli politik, Hamilton dan ahli perniagaan, Mohamed Al Fayed.

“Saya masih ingat lagi 1999 di England. Seorang ahli politik, Hamilton mendapat bayaran 2 juta pound kerana Al-Fayed (pemilik Harrods) kalah dalam kes saman malu. Selepas kes itu, Parlimen England menggubal undang-undang berkaitan Akta Fitnah 2013.

“Akta itu menggariskan ciri-ciri faktor tertentu yang wajar diambil kira oleh mahkamah supaya hakim tidak buat keputusan denda terlalu berat sehingga menjejaskan keupayaan ahli politik untuk bersuara,” katanya. – Getaran, 20 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

UMNO Perlu Main Peranan Bantu Anwar, Suarakan Cadangan Lonjakkan Ekonomi

2

Politik 3 tahun yang lalu

Ketika Saya Dipecat, Khairy Dan Noh Hanya Membisu - Zaid Ibrahim

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan Terhadap BN: Pihak Berkuasa Digesa Ambil Kenyataan Abdul Hadi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Najib Gugur Peguam Dari Firma Zaid Ibrahim

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad