web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketika Saya Dipecat, Khairy Dan Noh Hanya Membisu - Zaid Ibrahim

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 2:38PM

Zaid Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyifatkan pemecatan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar sama dengan nasib yang menimpanya pada 2008.

Zaid berkata, beliau juga pernah dipecat daripada UMNO tanpa melalui prosedur sepatutnya.

Menurutnya, beliau dipecat kerana didakwa bersikap terlalu liberal tetapi pada masa sama, tidak pernah menerima sebarang amaran atau tindakan yang berkaitan.

“Ketika dipecat dari UMNO dahulu, saya tidak pernah mendapat pembelaan atau perhatian daripada golongan yang dikenakan tindakan sama oleh parti Jumaat lalu.

“Namun, mereka yang dipecat dan digantung itu kini merungut, tetapi tidak berbuat apa-apa ketika saya dipecat sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpin parti itu kerana melanggar disiplin.

Mereka yang dipecat ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Berdepan penggantungan selama enam tahun pula ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Salim Shariff.

Zaid menyertai UMNO pada 2000 sebelum dipecat pada 3 Disember 2008 dan turut berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 hingga 2008.

Beliau dipecat berikutan beberapa tindakannya menghadiri perhimpunan pihak pembangkang dan menyalahi peraturan parti.

Mantan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu dilaporkan menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam.

Selepas dipecat, peguam kanan itu menganggotai PKR pada 2009 dan bertanding jawatan Naib Presiden pada tahun berikutnya, tetapi bertindak meninggalkan parti tersebut pada November 2010.

Pada Disember 2010, Zaid menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan diangkat sebagai Presiden, namun mengambil keputusan untuk berundur bagi menyertai DAP pada 2017, sebelum kembali semula bersama UMNO Ogos lalu. - Getaran, 29 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad