web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAVCOM Lakukan Pemeriksaan Di KLIA, LTSAAS Pastikan Kelancaran Sempena Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 7:04AM

MAVCOM melalui surat pada 14 April lepas turut memberi peringatan kepada pemain industri untuk memastikan kesediaan operasi secara konsisten bagi mengelakkan gangguan penerbangan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir 700,000 penumpang dijangka menaiki penerbangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri berdasarkan jumlah penerbangan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), kata Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim.

Justeru bagi memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna, MAVCOM menjalankan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang bermula 17 April lepas.

“Daripada pemeriksaan kami, suruhanjaya ingin melaporkan bahawa tahap kesediaan kedua-dua syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang di kesemua titik sentuh penumpang penerbangan adalah memuaskan selari dengan jangkaan peningkatan trafik penumpang.

“MAVCOM akan terus menjalankan pemeriksaannya dan bekerjasama bersama syarikat penerbangan serta operator lapangan terbang bagi memastikan tahap perkhidmatan ini berterusan sepanjang tempoh perjalanan Hari Raya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu, MAVCOM melalui surat pada 14 April lepas turut memberi peringatan kepada pemain industri untuk memastikan kesediaan operasi secara konsisten bagi mengelakkan gangguan penerbangan.

Selain itu, MAVCOM menggesa syarikat penerbangan mematuhi jadual penerbangan serta slot yang diluluskan, selain pengendali lapangan terbang juga diingatkan untuk mematuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan.

Pada masa sama, suruhanjaya itu menggalakkan pengguna untuk mendaftarkan aduan mereka dengan syarikat penerbangan atau pengendali lapangan terbang sekiranya berlaku gangguan penerbangan.

Katanya, pengguna terjejas yang tidak menerima maklum balas atau tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang diberikan oleh syarikat penerbangan atau pengendali lapangan terbang boleh mengemukakan aduan di laman web www.flysmart.my atau aplikasi mudah alih FlySmart.

Pengguna juga boleh menghubungi talian pengguna MAVCOM di 1800-18-6966 untuk panggilan dalam Malaysia atau +603-7651 2777 untuk panggilan dari luar Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar