web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bentuk Simpanan Sesuai Perkasa Bantuan Rakyat Sedang Dikenalpasti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 7:05AM

Nurul Izzah Anwar - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekretariat Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan (ACFIN) sedang mengenalpasti bentuk simpanan sesuai yang boleh dilaksanakan Kerajaan Perpaduan dalam usaha terus memperkasakan bantuan kepada rakyat.

Ketua Sekretariat Bersama Jawatankuasa Penasihat, Nurul Izzah Anwar berkata, ia penting supaya kerajaan dapat melengkapi bantuan bulanan yang akan diputuskan kerajaan selepas pelaksanaan subsidi bersasar.

“Saya merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh ACFIN, ada empat jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mengenalpasti apa bentuk simpanan yang dapat kita lakukan setelah kita menyasar subsidi (subsidi bersasar), tetapi pada masa sama melengkapi bantuan bulanan dan beberapa cadangan lain yang akan diputuskan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dasar sedang dirangka ACFIN yang disertainya selepas mengadakan Program Girang Syawal Bersama Nurul Izzah di Chow Kit malam tadi.

Pada program terbabit, mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menyantuni keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan berkenaan, selain mengagihkan barang keperluan harian kepada mereka.

Antara bantuan diberikan pada program yang mendapat kerjasama Anwar Ibrahim Club (AIC), Pertubuhan Jejak Jalanan, Dapur MADANI dan Khidmat Malaysia itu adalah barangan keperluan ibu serta susu.

Nurul Izzah menyantuni penduduk dalam Program Girang Syawal Bersama Nurul Izzah di Chow Kit malam tadi.
Nurul Izzah menyantuni penduduk dalam Program Girang Syawal Bersama Nurul Izzah di Chow Kit malam tadi.

Pada masa sama, Nurul Izzah berkata, pihaknya bertekad untuk terus mendampingi semua bagi menjelaskan tugasan serta peranan akan dilaksanakan keempat-empat jawatankuasa ditubuhkan di bawah teraju Tan Sri Mohd Hassan Marican.

ACFIN memulakan tugasan pada 31 Mac lalu dengan menfokuskan kepada empat skop utama.

Nurul Izzah menerusi kenyataannya sebelum ini berkata, fokus berkenaan tertumpu kepada hasil dan perbelanjaan kerajaan, subsidi dan jaringan perlindungan sosial, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta hutang negara.

“Jawatankuasa ini sedar bahawa isu sedang dihadapi adalah secara asasnya merentasi pelbagai dimensi, bersifat kompleks, meliputi cabaran struktural dan diwarisi sekian lama.

“Ternyata, sebelumnya sudah wujud kajian dan dapatan daripada kerajaan serta pihak lain, merangkumi empat fokus utama tersebut.

“Maka kajian dan dapatan terdahulu akan juga diambil kira, dengan menyuntik perspektif baharu sesuai dengan Malaysia yang kalis cabaran masa hadapan, insya-Allah,” katanya. – Getaran, 20 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi