web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Mohon The Hague Tolak Tuntutan Kumpulan Sulu Kuat Kuasa Award US$14.9 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 11:29PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mendakwa tuntutan kumpulan Sulu agar award sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, yang dikatakan diperoleh melalui proses timbang tara pada Februari 2022, diiktiraf dan dikuat kuasa adalah terbatal serta tidak sah.

Sekretariat Khas Sulu dalam kenyataan hari ini memaklumkan justeru, pembelaan yang difailkan oleh pihak Malaysia menegaskan bahawa tuntutan kumpulan Sulu berhubung perkara itu tidak boleh diterima dan perlu ditolak.

Katanya Mahkamah Rayuan di The Hague telah mendengar permohonan kumpulan Sulu di Belanda dan hujah kedua-dua pihak dalam prosiding yang berlangsung pada 17 April lepas.

“ Malaysia kekal dengan pendirian bahawa tiada persetujuan telah dicapai yang boleh menyediakan sebarang asas bagi mana-mana proses timbang tara yang dikatakan itu.

“… dan langkah memulakan proses timbang tara komersial mengenai perkara yang menyentuh isu kedaulatan adalah sesuatu yang tidak jujur dan adalah penyalahgunaan proses timbang tara komersial yang jelas di peringkat antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Sekretariat itu juga menyebut Malaysia komited dalam melindungi kedaulatannya dan menegakkan proses timbang tara di peringkat antarabangsa serta berhasrat untuk mendedahkan percubaan kotor kumpulan Sulu bagi menguatkuasakan award palsu yang terbatal dan tidak sah itu.

“Ini adalah satu percubaan untuk memeras ugut sebuah negara berdaulat dan kewujudan berterusan award palsu itu telah mencemar reputasi sistem timbang tara yang dihormati di peringkat global,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mengutuk percubaan untuk memutarbelitkan kedaulatan undang-undang, tidak mengiktiraf kesahihan award yang kononnya diperoleh melalui proses timbang tara dan sedang memulakan litigasi di seluruh Eropah bagi memastikan penipuan ini didedahkan serta award berkenaan dibatalkan.

Pada 28 Feb 2022, Dr Gonzalo Stampa, penimbang tara antarabangsa yang berpusat di Madrid, Sepanyol dikatakan telah memberikan award itu kepada kumpulan Sulu manakala pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan perintah penggantungan terhadap penguatkuasaan award tersebut yang diperoleh pihak Malaysia di Perancis.

Oleh itu, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia pada 12 Julai 2022 berhubung penguatkuasaan award tersebut adalah kekal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar