web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengecualian Tol, Cuti Tambahan Mampu Bantu Rakyat Pulang Beraya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 7:41PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan memberikan pengecualian bayaran tol selama empat hari kepada semua pengguna jalan raya di seluruh negara, sememangnya menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat dan mengurangkan bebanan mereka.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Shamellya Norazizi berkata, inisiatif terbabit adalah ikhtiar dinamik dalam membantu rakyat pulang ke kampung halaman dengan selesa dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Puteri UMNO Malaysia mengambil maklum terhadap pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam berkaitan beberapa perkara dalam persediaan menghadapi Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Ribuan terima kasih di atas keprihatinan Perdana Menteri di atas beberapa pengumuman yang membantu rakyat, antaranya Tol Rahmah Percuma,” katanya menerusi kenyataan, seperti dilaporkan UMNO Online.

Shamellya berkata, Puteri UMNO turut menghargai pengumuman kerajaan memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

“Puteri UMNO turut mengambil kesempatan mengucapkan salam lebaran kepada rakyat serta berharap mereka yang pulang ke kampung halaman berhati-hati di jalan raya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Perutusan Khas Sempena Perayaan Aidilfitri 2023, merangkumi tujuh inisiatif sebagai ikhtiar kerajaan dalam membantu mengurangkan bebanan rakyat.

Inisiatif terbabit adalah:

1. Tol RAHMAH Percuma, iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya bermula hari ini hingga 21 April dan pada 24 April, membabitkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

2. Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih bersetuju menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang dan produk asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.

3. Diskaun Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei depan bagi semua saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kesalahan 2022 dan sebelumnya, dengan setiap saman boleh dilunaskan pada harga hanya RM50.

4. Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) dilaksanakan bagi memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta, selain penghuni agama lain berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan, dengan membabitkan pelepasan lebih 1,000 orang sepanjang Ramadan dan Syawal.

5. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik yang tertumpu kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah (pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah), membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang diberikan pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan, sekali gus dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.

6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera, menjadikan peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan meningkat kepada RM1 bilion.

7. Kerajaan bersetuju supaya Jumaat, 21 April ini, diisytiharkan sebagai cuti peristiwa dan sekiranya Aidilfitri jatuh pada Jumaat, maka secara automatik 24 April diisytihar sebagai cuti peristiwa. - Getaran, 19 April 2023

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad