web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amaran Buang Ain Sekolah Keterlaluan - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 9:05AM

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Ain Husniza Saiful Nizam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amaran untuk memberhentikan remaja tingkatan lima, Ain Husniza Saiful Nizam sekiranya masih tidak ke sekolah, dilihat satu keputusan yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Pengarah Komunikasi Strategik PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, sekiranya pihak terlibat berbuat demikian,  keputusan tersebut dilihat sebagai satu tindakan yang terburu-buru, justeru ia wajar dipertimbangkan semula.

“Saya lihat perlu ada cara lain, jangan disebabkan pelajar tersebut masih belum ke sekolah selama dua minggu, dia terus berdepan masalah lain dan berkemungkinan dibuang sekolah. Jadi bagaimana masa hadapan pelajar itu?

“Dalam hal ini, kita bukan mahu menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh adik Ain, tetapi sekiranya terdapat percanggahan dalam kenyataan yang dibuat, perbincangan antara kedua-dua pihak adalah jalan yang paling terbaik. Maka dari situ kita boleh teliti siapa yang bercakap benar dan apa yang perlu di perbetulkan. Jadi bagi saya itulah konsep keadilan sebenar,” kata Fahmi kepada Getaran.

Bagi menjernihkan keadaan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menawarkan diri sebagai orang tengah antara pihak sekolah dengan remaja terbabit, untuk bersemuka dan memohon maaf antara kedua-dua pihak.

“Bagi saya sempena bulan Syawal yang bakal tiba, kedua-dua pihak boleh ambil kesempatan ini, untuk saling memohon maaf dan pada masa sama, menjadikan isu ini sebagai satu iktibar yang perlu diperbaiki.Memang kita tidak boleh menafikan, sukar untuk melupakan keadaan tersebut, tetapi tindakan bersemuka antara kedua pihak adalah wajar agar isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan.

“Dengan cara bersemuka, tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa perselisihan faham dan masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan baik apabila kedua-dua pihak berbincang dan cari jalan penyelesaian secara menyeluruh,” ujarnya lagi.

Menarik perhatian, Fahmi turut melahirkan rasa kurang senang dengan satu komen yang dimuat naik bapa Ain, Saiful Nizam apabila mendedahkan beberapa gambar tangkap layar berkenaan kecaman yang mereka sekeluarga terima.

“Kadang-kadang saya rasa terkejut jika benar apa yang dikeluarkan oleh pengetua sekolah terbabit. Jadi dalam apa jua keadaan sekalipun, bagi saya sukar untuk terima seorang pengetua mengeluarkan kenyataan seperti itu. Marah atau tidak, kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak wajar.

“Kita boleh berbeza pandangan, itu tidak menjadi masalah tetapi perkara ini dilihat sesuatu yang sangat mengecewakan dan seharusnya tidak berlaku,” tegasnya lagi.

Terbaru, komen jelik itu dibuat pada hantaran Saiful Nizam malam tadi dan ditujukan kepada Ain Husniza dan ibu bapanya.

“Hipokrit. ‘Anak setan’ pakai tudung,” kata komen dari akaun Facebook milik pengetua berkenaan.

Komen itu merujuk kepada satu poster  dimuat naik oleh Saiful Nizam, bagi mempromosikan program Facebook Live bertajuk “Speak Up” anjuran Pusat Pembelajaran Khadijah yang menampilkan Ain Husniza bersama ibunya, Niza Sharifudin.

Dalam satu komen daripada pengguna Facebook dikenali sebagai Farah Wahidah, dia berkata yang kenyataan itu dibuat oleh anak lelaki autistik pengetua itu yang berumur 25 tahun tanpa pengetahuan ibunya.

Farah berkata suami Sarimah meninggal dunia tiga minggu lalu, dan pengetua itu juga sedang menghidap kanser.

Kemelut ini ternyata akan terus berlanjutan sekiranya kedua-dua pihak masih tidak duduk berbincang bagi meredakan keadaan.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik sekali gus menjadikan #MakeSchoolASaferPlace satu kenyataan. - Getaran, 10 Mei 2021

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad