Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Lebih RM400 Juta Peruntukan Tahunan Marris Untuk Pahang - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 10:05PM

Anwar berjabat tangan dengan hadirin pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Pahang di Dewan Majlis Bandaraya di sini hari ini. - Gambar daripada Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lebih RM400 juta daripada RM5 bilion peruntukan tahunan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) diperuntukkan kepada Pahang bagi memastikan jalan negeri berada dalam keadaan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keadaan jalan di Pahang antara perkara yang dibangkitkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Mesyuarat Kewangan Negara di Putrajaya pagi tadi, kerana keadaan jalan yang berlubang berisiko menyebabkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, Anwar memaklumkan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan penyelenggaraan berkala turapan jalan Persekutuan yang meningkat kepada RM1 bilion berbanding RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, juga akan dikhususkan untuk negeri Pahang.

“Kalau dahulu jalan negeri teruk dan jalan Persekutuan baik (tetapi) sekarang jalan negeri sudah elok dengan peruntukan MARRIS dan jalan Persekutuan yang berlubang sana sini. Saya dengar dan tambah peruntukan (penyelenggaraan jalan Persekutuan) kepada RM1 bilion untuk baiki jalan-jalan dengan tindakan segera.

“(Tindakan segera) bukan rundingan terus kerana saya tidak setuju kerana banyak songlap (ketirisan), tetapi (menerusi) tender, cepat dan terhad,” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Pahang di Dewan Majlis Bandaraya di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta lebih 3,000 penjawat awam Pahang daripada pelbagai agensi dan jabatan.

Anwar berkata tambahan peruntukan penyelenggaraan jalan Persekutuan kepada RM1 bilion itu dapat dilakukan kerana hasil negara melonjak selepas ‘orang besar’ mula membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ini kerana saya beritahu LHDN, saya tidak peduli apa pangkat sekali pun, kamu Tun atau Datuk Seri, jika kamu tidak bayar cukai, akan kena tindakan dan bila hasil meningkat, kita boleh umum projek untuk rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan turut memberi kelonggaran kepada kerajaan Pahang bagi  menggunakan peruntukan MARRIS untuk membaik pulih kemudahan awam yang rosak akibat banjir seperti membeli jambatan panel keluli bermodular atau jambatan bailey.

Ini mengambil kira Pahang antara negeri yang sentiasa dilanda bencana alam itu setiap tahun, yang akan menyebabkan pelbagai kerosakan pada struktur awam. 

Selain itu, Anwar juga memberi jaminan keutamaan dalam pelaksanaan projek keperluan rakyat di bawah pentadbirannya iaitu membaik pulih sekolah dan klinik daif serta kuarters kakitangan kerajaan.

Anwar juga mahu supaya kebergantungan kepada khidmat konsultan dikurangkan kerana yakin dengan keupayaan dan kemampuan penjawat awam untuk mengendalikan projek.

“Sikit-sikit konsultan padahal keupayaan penjawat awam terbukti. Sudah ramai yang sudah ada kelulusan dalam kalangan penjawat awam dan lebih baik kita latih dan tentukan dasar kita daripada serah kepada orang asing,” katanya sambil menambah ia antara perubahan yang akan dilakukannya secara bersungguh-sungguh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 3 hari yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

4

Semasa 5 hari yang lalu

Kerajaan Pantau Rapat Situasi Di Iran - Anwar

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Luar Negara 21 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA