web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hospital Swasta Kekurangan Jururawat, ‘Harap Kerajaan Dapat Bantu Selesaikan’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 9:47AM

Dr Kuljit Singh berkata, walaupun kemasukan COVID-19 semakin berkurangan dan tidak membimbangkan termasuk dalam kategori serius ketika ini, hospital swasta perlu memberi perkhidmatan membabitkan jenis keadaan perubatan lain. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diharap dapat menyelesaikan masalah kekurangan jururawat di hospital swasta, bagi memastikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit tidak terganggu dan pengurusannya mampu memberikan servis terbaik.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Datuk Dr Kuljit Singh berkata, walaupun kemasukan COVID-19 semakin berkurangan dan tidak membimbangkan termasuk dalam kategori serius ketika ini, hospital swasta perlu memberi perkhidmatan membabitkan jenis keadaan perubatan lain.

Justeru, katanya, dengan kekurangan jururawat yang berterusan, kemungkinan usaha hospital swasta untuk meningkatkan kapasiti adalah satu cabaran.

“Kami tidak bimbang sekarang (soal COVID-19), tetapi hospital kami tetap bersedia untuk menghadapi gelombang jika ia berlaku berdasarkan pengalaman kami sebelum ini.

“Pada masa ini hospital swasta kami penuh dengan jenis keadaan perubatan lain dan dengan kekurangan jururawat yang masih berterusan, jadi keadaan ini berkemungkinan memberi cabaran kepada pengurusan hospital untuk meningkatkan kapasiti.

“Harapan kami (hospital swasta) agar ada penyelesaian daripada kerajaan berhubung kekurangan jururawat ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kes COVID-19 semasa, beliau berkata, hospital swasta kini mengalami bilangan pesakit dijangkiti virus itu yang dimasukkan ke wad biasa dan Unit Rawatan Rapi (ICU) pada kadar sangat rendah, berbanding 2021.

Katanya, kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan di unit kecemasan di hospital swasta hanya mengalami simptom COVID-19 yang sangat ringan.

Ada segelintir pesakit pula, ujarnya, didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian pengesanan walaupun tidak menunjukkan sebarang tanda virus, termasuk ketika diperiksa.

“Kami (hospital swasta) tidak bimbang sekarang, tetapi hospital kami bersedia untuk menghadapi gelombang COVID-19 sekali lagi berdasarkan pengalaman lalu, jika ia berlaku,” katanya

Memakai pelitup muka di tempat sesak merupakan antara langkah berjaga-jaga secara kendiri yang perlu diteruskan oleh orang ramai. - Gambar oleh Syeda Imran
Memakai pelitup muka di tempat sesak merupakan antara langkah berjaga-jaga secara kendiri yang perlu diteruskan oleh orang ramai. - Gambar oleh Syeda Imran

Kuljit berkata, biarpun kes COVID-19 semasa tidak membimbangkan, pihaknya menggesa orang ramai untuk mengambil semua langkah pencegahan diperlukan bagi mengelakkan penularan virus itu.

“Langkah berjaga-jaga secara kendiri yang mudah seperti memakai pelitup muka di tempat sesak, mencuci tangan dan mengekalkan penjarakan sosial, masih menjadi cara terbaik untuk mengawal penularan, malah ia perlu diteruskan orang ramai.

“Selepas ekonomi yang terjejas akibat COVID-19 semakin pulih, kesedaran orang ramai untuk melindungi diri daripada jangkitan virus ini adalah tetap sangat penting,” katanya,

Menurutnya, lonjakan jangkitan COVID-19, akan menjejaskan usaha negara untuk pulih daripada ekonomi.

“Rakyat harus ingat, langkah drastik untuk mengawal sempadan dan mengehadkan pergerakan rakyat apabila COVID-19, bukanlah pilihan terbaik untuk semua.

“Walaupun sistem penjagaankesihatan awam dan swasta bersedia serta cekap untuk menguruskan peningkatan kembali kes sekiranya ia berlaku, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk orang ramai cuai dalam mengambil langkah pencegahan serta menjaga diri,” katanya. – Getaran, 17 April 2023

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad