web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kesiapsiagaan Jentera AMK Capai 60 Peratus Untuk PRN - Adam Adli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 9:06AM

AMK telah menggerakkan jentera bagi menghadapi PRN, dengan tahap kesiapsiagaan mencapai lebih 60 peratus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah menggerakkan jentera bagi membantu kempen dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dengan tahap kesiapsiagaan mencapai lebih 60 peratus.

Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim berkata pihaknya juga bersedia dan tiada masalah untuk bekerjasama dengan sayap pemuda daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA dan MIC.

Adam Adli Abdul Halim - Gambar fail
Adam Adli Abdul Halim - Gambar fail

"Sebenarnya AMK telah memulakan kerja-kerja untuk PRN ini sejak dua bulan lepas lagi malah mesyuarat peringkat AMK melibatkan kenam-enam negeri juga telah dijalankan… Kita telah turun ke negeri-negeri terlibat sebelum puasa lagi untuk selesaikan pengurusan AMK.

"Dalam mesyuarat itu, kita telah kenal pasti keperluan untuk PRN dan sekarang adalah masa untuk kami isi dan jalankan perkara-perkara yang dikenal pasti tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat AMK negeri dan melancarkan Jentera AMK Pulau Pinang bagi PRN di sini malam tadi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata pihaknya menyasarkan sejumlah 30 peratus calon adalah dalam kalangan AMK untuk PRN di keenam-enam negeri namun mereka perlu bersedia serta boleh menang.

"Bukan soal berapa ramai calon namun mereka itu boleh sumbang kerusi... macam PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) lepas, calon AMK untuk Parlimen enam orang dan empat menang. Sebab itu saya kata kita tidak desak pucuk pimpinan untuk dapatkan kerusi bertanding.

"Dalam AMK ini tidak timbul isu boikot dan sebagainya... kalau kita tak dapat jadi calon, jentera kita sentiasa sokong siapa jua calon… namun setakat ini, kita belum bincang lagi berkenaan calon-calon," katanya.

Menyentuh kerjasama dengan sayap Pemuda parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan, Adam Adli berkata perkara itu memang perlu dilakukan dan sedang dibincang.

"Malah di peringkat Pemuda Pakatan Harapan sekalipun, kita memang ada engagement (perjanjian kerjasama berterusan). Begitu juga dengan UMNO, MIC dan MCA.

"Engagement ini bukan sekadar untuk mendepani pilihan raya tapi untuk pentadbiran negara itu sendiri. Kita memang tak ada masalah untuk bekerjasama (khususnya dengan parti komponen BN) kerana kita komited dalam usaha untuk mempertahan kerajaan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad