web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Kawasan Semenanjung Catat IPU Tidak Sihat, Segamat Tertinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 3:06PM

Ruang udara Kuala Lumpur dengan bacaan IPU 106 - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di empat kawasan di dua negeri dan wilayah Persekutuan di Semenanjung, mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 1.30 petang ini.

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Segamat, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 152.

Segamat mencatat bacaan IPU tidak sihat sejak dua hari lalu dengan jumlah tertinggi yang direkodkan ialah 152.

Tangkapan layar laman web apims.doe.gov.my
Tangkapan layar laman web apims.doe.gov.my

Di Kota Bahru dan Tanah Merah, Kelantan, kawasan berkenaan masing-masing mencatatkan 103, manakala tahap IPU di Cheras, Kuala Lumpur merekodkan 108 yang menyaksikannya bertambah buruk, berbanding bacaan sederhana ditunjukkan semalam, iaitu 100.

Keadaan itu menyebabkan ruang udara di kawasan terbabit kelihatan berjerebu, terutama pada awal pagi.

Sementara itu, 65 lokasi di negara ini mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Tawau dan Keningau menjadi daerah merekodkan bacaan IPU tahap baik pada petang ini, iaitu tidak melebihi 50.

Bacaan IPU sehingga jam 3 petang hari ini - Tangkapan layar laman web apims.doe.gov.my
Bacaan IPU sehingga jam 3 petang hari ini - Tangkapan layar laman web apims.doe.gov.my

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan pada tahap baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas, berbahaya.

Untuk mengetahui bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, jerebu yang sedang dialami negara berpunca daripada insiden kebakaran kawasan seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan pembakaran terbuka.

Beliau memaklumkan, cuaca panas yang melanda Semenanjung negara kini dan aktiviti ekonomi yang kembali beroperasi selepas COVID-19, turut menjadi penyumbang kepada keadaan itu.

Menurutnya, cuaca kering ketika ini, menyebabkan insiden kebakaran berlaku melibatkan kawasan hutan dan kawasan tanah yang mempunyai pemilik.

Keadaan berjerebu ini bukan hanya di Malaysia tetapi juga berlaku di negara-negara rantau ASEAN,” katanya. - Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kemalangan Maut 3 Sekeluarga: Pemandu Treler Positif Dadah Hadap 3 Tuduhan Membunuh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bangkok Dilanda Jerebu Tebal, Seluruh Thailand Catat Udara Tidak Sihat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jerebu: 4 Kawasan Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar