web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berniaga Secara Haram, 9 Individu Ditahan Bersama Mercun Bernilai Puluhan Ribu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 2:31PM

Sembilan individu yang ditahan polis kerana menjual mercun tanpa permit di Kota Tinggi, Johor - Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua warga Indonesia antara sembilan individu ditahan kerana menjual mercun tanpa permit dalam sembilan serbuan berasingan di sekitar Kota Tinggi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kesemua suspek berusia antara 22 tahun sehingga 50 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 8.30 malam. 

Menurutnya, pelbagai jenis mercun bernilai RM30,000 dirampas daripada mereka termasuk seorang wanita yang juga seorang daripada suspek. 

“Sebanyak 16 kotak besar dan empat plastik mengandungi pelbagai jenis mercun dirampas, dipercayai dijual tanpa permit.

“Hasil siasatan mendapati kesemua premis diserbu itu tidak memiliki permit menjual mercun dan bunga api,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Hussin berkata, semakan rekod mendapati, dua daripada sembilan individu ditahan, mempunyai rekod kes jenayah. 

“Seorang daripadanya berstatus orang dikehendaki bersabit kes jenayah komersial,” katanya. 

Dalam pada itu, Hussin berkata, kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api. 

Jelasnya, dua lelaki warganegara Indonesia turut disiasat di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63, susulan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah.

“Kita memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan tegas ke atas individu terlibat dalam kegiatan tersebut, selain dan mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak menjalankan apa-apa penjualan mercun secara terbuka. 

“Mereka perlu mendapatkan permit daripada pihak polis terlebih dahulu. Diharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak polis,” katanya. - Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar