web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Militan Uzbekistan Dikaitkan Dengan ISIS Melawat Asia Sebelum Ditahan Di Indonesia – Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 12:00PM

Empat individu itu difahamkan sebahagian daripada kumpulan Katibah Al-Tawid wal-Jihad, seperti dinyatakan Rangkaian Anti-Keganasan Nordic Finland (NCTN). - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Empat warga Uzbekistan yang ditahan di Indonesia bulan lalu atas pertuduhan melakukan aktiviti keganasan, dilaporkan pernah melawat Malaysia dan dipercayai mempunyai rancangan untuk melakukan jenayah sama di negara ini, kata seorang pakar antikeganasan.

Empat individu itu difahamkan sebahagian daripada kumpulan Katibah Al-Tawid wal-Jihad, seperti dinyatakan Rangkaian Anti-Keganasan Nordic Finland (NCTN).

Menurut Pengarah NCTN Finland, Andrin Raj, militan Uzbekistan itu didakwa terlibat dalam operasi pengambilan dan propaganda, selain ditugaskan untuk mengenal pasti sasaran berpotensi di Asia Tenggara.

“Keempat-empat mereka adalah pakar dalam kitaran perancangan serangan pengganas dan mempunyai hubungan dengan banyak koperasi jihad Asia Tenggara,” katanya kepada The Vibes.

Difahamkan, empat individu itu terbang dari Uzbekistan ke Qatar dan Turki, sebelum masuk ke Malaysia serta kemudian ke Indonesia yang akhirnya mereka ditahan Detasmen Khas 88 Indonesia.

Andrin berkata, tindakan kumpulan itu memasuki beberapa negara adalah pelik memandangkan terdapat penerbangan terus dari Turki ke Indonesia, sambil menambah bahawa keputusan mereka untuk singgah di Malaysia sebelum destinasi terakhir berkenaan, sememangnya mencurigakan.

“Sama ada empat daripada mereka mempunyai hubungan dengan ISIS tempatan di Malaysia masih belum didedahkan pihak berkuasa Malaysia.

“NCTN percaya ada kemungkinan mereka merancang serangan pengganas di bumi Malaysia, berdasarkan penemuan kami daripada platform media berkaitan ISIS yang dilancarkan di Malaysia,” katanya.

Platform media yang dimaksudkan ialah Pusat Media Al-Malaka yang dilaporkan The Vibes pada 5 Mac.

“Risikan siber NCTN mendedahkan, ruang sembang ISIS menyedari kehadiran agensi keselamatan yang menyiasat Pusat Media Al-Malaka dan menasihatkan ahli supaya berhati-hati untuk mengelak ditangkap,” tambah Andrin.

Menurut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Katibah Al-Tawid wal-Jihad ialah sebuah pertubuhan pengganas dengan kira-kira 500 pejuang.

Pada 2016, kumpulan itu menganjurkan serangan pengganas ke atas Kedutaan China di Bishkek.

Bernama melaporkan awal bulan ini mengenai pengumuman Indonesia bahawa pihak berkuasa sudah menahan empat anggota Uzbekistan Katibah Al-Tawid wal-Jihad pada 24 Mac kerana disyaki menyebarkan aktiviti keganasan menggunakan media sosial.

Empat individu yang berada di Indonesia sejak Februari lalu itu, berusia antara 26 hingga 40 tahun.

Bagaimanapun, tiga daripada mereka baru-baru ini, melarikan diri dari pusat tahanan imigresen Indonesia selepas menikam seorang pegawai sehingga maut dan mencederakan empat yang lain, menurut laporan berita pada 12 April.

Dua individu berjaya ditangkap semula, manakala yang ketiga menghilangkan diri ketika dikejar.

Individu keempat tidak menyertai rancangan melarikan diri itu dan masih dalam tahanan.

Laporan Vibes sebelum ini di Pusat Media Al-Malaka menyatakan bahawa platform tajaan ISIS dikesan di laman web gelap.

NCTN memaklumkan, pusat media yang dilancarkan di Malaysia telah berkongsi hubungan dengan struktur sokongannya di negara ini, selain menggunakan ideologi radikal untuk menggugat kestabilan pentadbiran di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis Malaysia berkata, mereka menyedari perkara itu dan sedang memantau kumpulan terbabit. – The Vibes, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Ke 3 Negara Asia Tengah Berjaya Jana Pelaburan Lebih RM2.1 Bilion - Anwar

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran