Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Sentiasa Berwaspada, Ia Berisiko Undang Strok Haba, Ragut Nyawa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 9:44AM

Cuaca panas melampau boleh menyebabkan seseorang individu kerap berpeluh dan kesannya akan menyebabkan cecair dalam tubuh berkurangan. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Cuaca panas di kebanyakan kawasan di Semenanjung ketika ini harus diberi perhatian dan menuntut individu untuk sentiasa berjaga-jaga, disebabkan ia boleh mengundang bahaya strok haba sekiranya mereka terdedah terlalu lama di lokasi itu.

Ini kerana Pakar Kesihatan Perubatan Wilderness dan Kecemasan, Dr Muhamad Na’im Ab Razak berkata, individu yang mengalami strok haba, mempunyai risiko kematian sehingga 80 peratus sekiranya lambat menerima rawatan.

Katanya, biarpun kematian akibat strok haba jarang dilaporkan berlaku di Malaysia, risikonya tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh meragut nyawa sesiapa sahaja sepanjang tempoh cuaca panas melampau ketika ini.

“Cuaca panas melampau boleh menyebabkan seseorang individu kerap berpeluh dan kesannya akan menyebabkan cecair dalam tubuh berkurangan.

“Keadaan ini sebenarnya terdiri daripada pelbagai spektrum, iaitu pada tahap biasa, menyebabkan bengkak pada kaki diikuti dengan pembentukan ruam, rasa panas terbakar dan gatal, kejang otot, pengsan serta pada peringkat kritikal boleh menyebabkan letih panas dan strok haba. 

“Biarpun kematian akibat strok haba jarang berlaku di Malaysia, risikonya tidak boleh dipandang remeh, susulan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sepanjang tempoh cuaca panas agak melampau ketika ini,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Muhamad Na’im berkata, strok haba boleh menyerang sesiapa sahaja, namun beberapa golongan lebih berisiko mengalaminya, seperti warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak. 

Menurutnya, individu mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis dan menggunakan ubat-ubatan tertentu yang merangsang penghasilan haba dalam tubuh juga, lebih berisiko diancam strok haba.

Beliau berkata, memandangkan cuaca lebih panas dan lembap kebelakangan ini yang ditambah faktor berpuasa, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan risiko strok haba.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan meminum air seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan (KKM). 

“Kurangkan aktiviti luar rumah serta kerap basahkan badan. Jika sudah mula berasa kejang, lesu atau kebas anggota badan, segera cari tempat berteduh dan sejukkan tubuh, selain meminum cecair bergaram.

“Sekiranya gejala tidak semakin baik, terus ke Jabatan Kecemasan. Hubungi ambulan dalam kadar segera sekiranya terdapat mangsa disyaki mengalami strok haba,” katanya. 

Sejak beberapa hari lalu, negara berdepan cuaca lebih panas sehingga mencetuskan isu dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Malah, ada antara mereka memberitahu melalui media sosial bahawa walaupun sudah memasang penghawa dingin di rumah dan menetapkan mod pada suhu paling sejuk dengan turut menggunakan kipas, ia masih belum mampu menyejukkan suasana serta masih merasa bahang kepanasan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, bahang dan cuaca panas yang melanda negara ketika ini adalah disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari serta taburan hujan kurang.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Getaran, beliau memaklumkan, fenomena panas itu diramal tidak berpanjangan, berikutan hujan dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang. 

Ujarnya, pemerhatian dilakukan pihaknya sehingga kelmarin mendapati, suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celsius yang berlaku di Jeli, Kelantan. 

“Memang dalam tempoh beberapa hari ini cuaca lebih panas daripada biasa, namun keadaan ini tidak akan berlarutan terlalu lama kerana hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari lagi,” katanya. 

Muhammad Helmi turut berkata, sebanyak 20 kawasan di Semenanjung sudah dikenalpasti dan pihaknya mengeluarkan amaran berjaga-jaga pada tahap satu, semalam. 

“Kawasan terlibat adalah Kuala Lumpur, Tangkak dan Segamat di Johor, Kuala Selangor (Selangor); Raub, Lipis, Jerantut, Maran dan Temerloh (Pahang); Padang Terap (Kedah) serta Batang Padang, Kinta dan Hulu Perak (Perak).

“Selain itu, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan) serta Kuala Terengganu (Terengganu) yang turut diberi amaran berjaga-jaga, iaitu tahap 1.

“Tahap berjaga-jaga bermaksud suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya. 

Sementara itu, Muhammad Helmi menyarankan kepada mereka yang bekerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas.

Jelasnya, risiko akibat suhu terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh memburukkan keadaan kesihatan seseorang.

Terdahulu, kebanyakan kawasan di Kedah mengalami gelombang panas dengan suhu dijangka meningkat sehingga 37 darjah celcius.

Pengarah Pejabat Meteorologi Malaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, fenomena itu berikutan kesan suhu tinggi berlanjutan dari penghujung Musim Monsun Timur Laut.

Tambahnya, keadaan cuaca semasa juga meningkatkan kebarangkalian pelbagai fenomena cuaca berbahaya. - Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kepala Lori Terbakar Di Lebuh Raya

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

4

Semasa 1 bulan yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sukan 12 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Sukan 2 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024