web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemotongan Gaji Jemaah Menteri Bantu Kerajaan Jimat RM1.2 Juta Setahun 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 9:04PM

Pemotongan gaji barisan Jemaah Menteri diumumkan sebaik selesai mengadakan mesyuarat khas pertama Kabinet, 5 Disember lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan sekitar RM100,000 sebulan.

Ia mencakupi gaji Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jumlah keseluruhan penjimatan tersebut mencecah RM1.2 juta setahun.

Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan telah mengambil langkah awal penjimatan sejurus selepas pembentukan kerajaan baharu.

“Ini termasuk dengan tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri, seperti mana diumumkan sendiri oleh Anwar,” katanya.

Armizan menyatakan demikian dalam jawapan bertulis Parlimen, sebagai membalas soalan dikemukakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq menerusi soalannya meminta penjelasan kerajaan berhubung jumlah penjimatan susulan pemotongan gaji itu, dan manfaatnya kepada rakyat. 

Usai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, Anwar mengambil langkah drastik apabila mengumumkan beliau tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.

Pada pengumuman sama, beliau memberitahu, ia termasuk gajinya sebagai Menteri Kewangan.

Pengumuman itu dilihat ramai sebagai bukti terhadap janji yang dibuatnya sewaktu berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lalu.

Pemotongan gaji barisan Jemaah Menteri pula diumumkan sebaik selesai mengadakan mesyuarat khas pertama Kabinet, 5 Disember lepas.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Armizan berkata, barisan menteri Kabinet bersetuju dengan potongan gaji tersebut, demi keprihatinan mereka terhadap rakyat.

“Ini juga selaras dengan usaha pemulihan ekonomi negara yang dilaksanakan kerajaan,” katanya. - Getaran, 15 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad